Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ulasan Bermalam Di D'Desa Resources Homestay Sungai Besar Selangor

Percutian sekitar Selangor yang terbaik penulis boleh cadangkan adalah kawasan dekat dengan pantai dan dikelilingi sawah padi dengan tali air.
 

Inap Desa D Desa Resources Review

Memang ada kawasan sebegini, Sekitar Kuala Selangor lebih terperinci adalah sekitar Sekinchan, Tanjung Karang sehingga Sabak Bernam.

Percutian Permandangan Sawah Padi Kuala Selangor

Padi yang masih menghijau pokoknya dengan ketinggian paras paha orang dewasa merupakan petanda musim terbaik untuk ke kawasan sebegini yang sinonim terletak di utara Selangor sekitar Kuala Selangor.

Sungai Haji Dorani tidak lekang dari bibir mereka yang mencari kawasan sebegini. Banyak inap desa, chalet serta hotel yang tumbuh jika dilihat melalui Google Maps dan aplikasi Waze.
Salah satunya inap desa dengan konsep kekampungan yang berjaya penulis rasai pengalaman penginapannya adalah di

D'Desa Resources Sungai Besar

D Desa Resources Hubungi

Setiap kali membuat pantauan dan kajian untuk mencari penginapan, penulis akan melihat gambar dan ulasan dahulu.
 

Rekabentuk Rumah Chalet Berasaskan Kayu

Chalet D'Desa Resources ini menangkap pandangan penulis apabila melihatkan rekabentuk, kawasan sekitar dan warna rumah kayu dengan kawasan seperti zaman dahulu kala
berjaya membuatkan penulis mula membuat tempahan.

Deretan Chalet Rumah Kayu

Cukup mudah untuk dihubungi dan penulis berjaya mendapatkan tempahan untuk dua hari dan satu malam penginapan di D'Desa Resource ini.

Pemiliknya cukup ramah dan senang untuk berkomunikasi. Melalui panggilan telefon, penulis berjaya membuat temahan untuk satu bilik (rumah mini kayu) yang paling murah. Menjadikan penulis tidak perlu memikirkan dua tiga hari untuk menerbitkan ulasan inap desa ini.

Suasana Yang Menyamankan

Terletak Di Tepi Jalan Kampung Haji Dorani

Tidak begitu sukar untuk menemui inap desa D'Desa Resources ini memandangkan ia terletak di tepi Jalan Klang - Sabak Bernam.
 

Dengan mercu tanda jejantas sudah boleh agak jarak untuk memperlahankan kenderaan.

Dibahagian hadapan inap desa ini sudah tergambar senibina berasaskan kayu dengan dirian pintu gerbang kayu dengan dihiasi pokok pokok renek dibahagian bawahnya.
 

Pandangan pertama sudah memberikan satu "mood" percutian. Apalagi ketidaksabaran untuk masuk ke rumah kayu mini yang boleh juga di anggap bilik.

Pilihan Bilik Inapan

Penulis memilih rumah kayu yang paling kecil memandangkan hanya penulis, isteri dan seorang putera sahaja untuk menginap.

Rumah Chalet Kayu D Desa Resources

Terdapat rumah lain yang agak besar sesuai untuk keluarga yang besar.
Katil

Jika tidak berlaku kesilapan penulis, terdapat lapan buah rumah dengan rekabentuk rumah kayu yang disyelek gelap semuanya.
Suasana Dalam Bilik Inapan 

Keluasan ini adalah untuk kapasiti paling sedikit dengan harga paling minima. Ada lagi jenis bilik yang lebih besar.

Dua Buah Kolam Disediakan

Apa yang menariknya adalah dua buah kolam mandi yang disediakan. Satu terdapat pada rumah bernombor 7 dan satu lagi dibahagian belakang.

Kolam Di Inap Desa D Desa


Kolam mandi di rumah bernombor 7 ini lebih besar, dengan dilengkapi dengan gazebo dan kerusi bersidai. Lebih besar dan dewasa dan kanak kanak sesuai.
Kolam Kanak Kanak D Desa Resources


Kolam mandi dibahagian belakang lebih dikhaskan untuk anak anak kecil mandi. Dengan permandangan padang sekolah berdekatan.

Perimeter kolam yang agak kecil lebih sesuai untuk kanak kanak dan bayi dengan pelampung keselamatan.

Ulasan Pengalaman Penulis

Kebaikan

Strategik kawasannya. Kedai makan viral tebu dan kedai ikan bakar cukup dekat. Kedudukan strategik ini membolehkan penginap mudah untuk keluar masuk.
 

Mencari makanan atau barangan dekat sahaja dengan pekan Sungai Besar.

Permandangan Chalet Dari Jendela Bilik

Suasana memang A, pertama kali memandang sudah terasa menarik kawasan ini. Dengan rekabentuk rumahnya yang pelbagai dan dihiasi pohon pohon renek.
 

Kemudahan yang lengkap menjadi kelebihan kepada inap desa ini, tandas awam juga disediakan. Tempat makan dengan kipas di atasnya cukup untuk adakan jamuan.

Tempat Rehat

Pastinya dua kolam mandi menjadi keutamaan. Dengan bauan klorin menandakan kolam ini dijaga airnya.

Ditambah pula dengan aliran keluar masuk air.

Kekurangan

Parkir yang cukup terhad. Penginap perlu parkir di hadapan rumah dan agak sempit bahagian hadapannya.
 

Agak khuatir jika penginapan atau rumah disini semua dihuni, pasti sukar parkir di dalam. Berkemungkinan parkir di luar jalan raya pasti berlaku.
 

Jika ada penginap yang adakan acara makan-makan, seperti yang penulis alami, pasti agak merisaukan dengan jemputan yang ramai untuk bbq di kolam.

Bercerita tentang kebaikan dua kolam Tetapi ada sedikit kekurangan meskipun awam boleh menggunakan, namun jika penginap rumah no 7 ingin 'conquer' mungkin penginap lain perlu ke kolam lagi satu.
 

Jika penginap No 7 bawa famili luar atau rakan, tiada harapan untuk gunakannya.


Gangguan mat rempit sejati. Jalan Klang - Sabak Bernam penulis memang tabik kepada PBT kawasan ini, memang terbaik jalannya.
 

Dari sinilah berkumpulnya mat rempit dengan bunyi bising ekzos yang mengganggu tidur penginap. Pengalaman penulis, sehingga 4 pagi masih ada mat rempit membuat bising.

TV sebagai peneman kesunyian ? Maaf, rosak.

Informasi Pengunjung

Lokasi Homestay

Cukup mudah untuk ditemui. Antara Sungai Haji Dorani dan Pekan Sungai Besar.

D'Desa Resources Homestay
Jalan Besar,
Kampung Sungai Haji Durani,
45300 Sungai Besar, Selangor


Rumah Kayu Paling Kecil dan Murah


1 Katil
1 Bilik Air

Harga Penginapan

Chalet Kecil : RM70/malam

Kemudahan Lain


Bangku Beranda
Pendingin Hawa
Kipas Siling
TV (Rosak)
Soket Elektrik
Penghawa Dingin

Kelengkapan

Penyangkut Baju
Ampaian beserta Sejadah
Sabun dan Sampu segera
Cerek
Gelas
Air Mineral

Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi

Umobile - 4G
Celcom - 4G

Polisi/Peraturan

Daftar Masuk : 3.00 p.m
Daftar Keluar: 12.00 p.m

Aktiviti Menarik Di Sekitar Inap Desa

Tidak pasti apakah aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar inap desa D' Desa Resources Sungai Besar Selangor, boleh rujuk pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan ketika di Kuala Selangor.

AKTIVITI MENARIK SEKITAR KUALA SELANGOR TEMPAHAN ONLINE

Tempat Makan Sekitar D Desa Resources

Ghisau (Risau) sukar mendapatkan makanan di sekitar kawasan inap desa ini, penulis senaraikan beberapa tempat makan yang dekat dengan menggunakan carian di aplikasi waze atau Google Maps

1. Ali Penang Char Koew Teow (Ada Ikan bakar)
2. Abah Ikan Bakar (termasuk seafood)
3. Laman Tebu Aidil (petang)
4. Restoran Lembah Bernam (Tengahari)
5. Restoran Selera Rimba (Jauh)
6. Mee Udang King Original
7. Mee Udang Banjir BNO

Mungkin anda berminat untuk mendapatkan tawaran dan promosi hebat dari Agoda berbanding harga biasa sekitar Kuala Selangor, boleh gunakan pautan di bawah;

TEMPAH PENGINAPAN SEKITAR KUALA SELANGOR DENGAN AGODA




This post first appeared on Snapbackpacker Travelogue, please read the originial post: here

Share the post

Ulasan Bermalam Di D'Desa Resources Homestay Sungai Besar Selangor

×

Subscribe to Snapbackpacker Travelogue

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×