Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Saiz dan Ukuran Backpack Sesuai Keperluan Travel

 

Apabila melakukan aktiviti membabitkan melancong atau Travel semestinya memerlukan barangan yang perlu di bawa.

 

Saiz Backpack Sesuai untuk Travel

Membawa barangan pastinya tidak akan dibawa menggunakan beg plastik atau bungkusan kain pelikat sepertimana zaman dahulu.

 

Pemilihan Bagasi Ketika Travel

Zaman kini bagasi, beg atau Backpack menjadi pilihan untuk bercuti, melancong atau aktiviti tertentu. Pemilihan bagasi juga bergantung kepada minat individu dan kesesuaian.

Ada yang gemar membawa bagasi seperti suitcase, ada yang lebih berminat melancong menggunakan beg bimbit dan ramai juga yang gemarkan 'backpack' atau beg pikul.

Backpack Lebih Mudah Ketika Travel

Bagi penulis sendiri, menggunakan backpack lebih memudahkan dan menjimatkan ruang. Sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak apabila melancong. Sesuai juga bagi mereka yang ingin menikmati percutian berbanding membawa barangan yang banyak.

Backpack datang dalam pelbagai bentuk dan Saiz. Bentuk dan saiz bergantung kepada situasi dan kegunaanya.

Penentuan Saiz Backpack Travel

Saiz backpack di kira dalam liter (litre). Liter digunakan untuk mengukur isipadu atau muatan yang boleh dimasukan ke dalam backpack. Namun, kadang - kadang tulisan 'L'  ini berbeza dengan jenama backpack. Pembeli perlu peka dengan 'L' pada backpack, betul-betul litre atau sekadar nama. 

Kegunaan dan Kesesuaian Pilih Saiz Backpack Ketika Travel

Jom kita lihat saiz untuk backpack dan kegunaannya untuk saiz tertentu. Supaya senang untuk membuat pemilihan dalam membeli backpack untuk bercuti atau travel.

1. Backpack Saiz 20L - 30L

Bagi saiz ini adalah saiz yang terkecil. Lebih sesuai untuk berjalan-jalan dan bersiar siar. Seperti membeli sesuatu, mengambil gambar atau keluar makan.

Kebiasaan backpack bersaiz 25L menjadi pilihan.

Jika aktiviti atau travel anda melebihi satu hari atau dua, backpack saiz ini tidak mungkin sesuai.

Bagi saiz dalam julat ini, penulis akan memilih beg 'sling' dari HyperGear yang kalis air dengan isipadu 25L.
 

Mudah untuk melakukan aktiviti snorkeling, ke kolam renang atau pantai yang memerlukan aktiviti air.
 

2. Backpack Saiz 30L - 35L

Bagi pemula boleh menggunakan julat saiz seperti ini. Jika melakukan aktiviti trekking atau hiking sesuai. 

Bagi 'minimalist traveler' saiz sebegini menjadi pilihan. Barangan kelengkapan seperti tuala, berus gigi, mandian dan beberapa peralatan penting sudah mencukupi.

Boleh mengisi barangan yang betul-betul perlu. Percutian satu atau dua hari travel sesuai untuk backpack bersaiz sebegini.

3.  Backpack Saiz 35L - 40L

Saiz dalam julat ini boleh dikategorikan sesuai untuk 'backpacker' pemula. Bagi yang ingin memulakan percutian sebagai traveler yang hanya menggunakan backpack, saiz sebegini sesuai untuk anda. 

Bagi saiz sebegini penulis berpendapat untuk percutian 2 hari dan 3 hari sudah sesuai. Dengan mengisi peralatan mandian dan kebersihan dengan pakaian untuk maksima 3 hari.

Keperluan asas masih boleh diisi ke dalam backpack bersaiz sebegini, namun utamakan yang penting dahulu.

4. Backpack Saiz 40L - 45L

Secara peribadi, ini pilihan penulis apabila menggunakan backpack. Boleh digunakan untuk percutian dan travel 3 hari sehingga 7 hari.

Traveler yang berada dalam kategori intermediate akan menggunakan saiz ini. Majoritinya menggunakan saiz sebegini ketika travel.

Barangan asas seperti pakaian, barangan kebersihan diri cukup diisi. Malah,  boleh juga dimasukan barangan sampingan lain seperti makanan atau peralatan yang kurang penting.

5. Backpack Saiz Melebihi 45L

Saiz sekitar 50L ke atas boleh dikategorikan sebagai 'backpacker' otai. Memang traveler sebegini akan bergantung kepada backpack tersebut dalam apa cara sekalipun.

Backpack dan diri menjadi satu. Hanya backpack tersebut tanpa sebarang beg lain diperlukan. Kebanyakan yang menggunakan backpack bersaiz sebegini mereka yang sentiasa singgah dan travel merata-rata.

Saiz Backpack Menentukan Bilangan Pakaian Travel Di Bawa

Bergantung kepada sikap dan sifat anda dalam menentukan pakaian yang boleh dibawa dalam backpack mengikut saiz.

Jika anda seorang rajin membasuh pakaian atau menggunakan dobi untuk mencuci pakaian, saiz backpack tidak menentukan bilangan pakaian, ketika travel.

Namun, perlu diambil kira juga hari pertama dan perjalanan anda ke destinasi travel anda. Muatkan untuk dibawa.

Kelebihan Menggunakan Backpack Ketika Travel

Backpack atau beg pikul merupakan inovasi dalam membawa barangan ketika travel. Memang dari pengalaman penulis sendiri backpack lebih efisien dengan apa cara anda travel.

1. Mudah ketika check in bagasi.

2. Senang untuk masuk ke bilik air dan ke tandas

3. Apabila memerlukan anda solat atau memasuki surau, senang diletakan dihadapan.

4. Dalam kabin pesawat letakan sahaja di celah kaki apabila ruang simpan barangan atas penuh.

5. Risiko kehilangan barangan dalam kargo berkurang.

Masing masing memiliki keserasian dan kesesuaian dalam membawa barangan ketika travel. Terpulang kepada hak masing-masing. 

Bagi mereka yang suka travel dan berjalan menggunakan backpack, semoga artikel ini membantu anda untuk memilih, membeli dan menggunakan backpack untuk travel.



This post first appeared on Snapbackpacker Travelogue, please read the originial post: here

Share the post

Saiz dan Ukuran Backpack Sesuai Keperluan Travel

×

Subscribe to Snapbackpacker Travelogue

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×