Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

MotoGP 2023 Jerez: Bagnaia Ambil Alih Posisi Teratas Kejuaraan Keseluruhan

 Pelumbaan MotoGP 2023 di Litar Jerez, Sepanyol pada Kali Ini terpaksa dimulakan dua kali, selepas insiden pelanggaran Quartararo dan Oliveira di T2 menghadiahkan "Red Flag". Sebaik dimulakan semula, KTM tetap meluncur laju keluar meninggalkan lain-lain pelumba. Pada lap keempat daripada 24, Bagnaia tidak menunggu lama dan mula mendapat rentak, mencatatkan lap terpantas 1:38.237 saat. Walaubagaimanapun Bagnaia berjaya mengikat rentak KTM, dan 10 lap lagi, tinggal Bagnaia memisahkan diri dari gangguan J.Miller (KTM) untuk berada di belakang pendahulu. 




MotoGP Jerez Sepanyol 2023

Pada lap 20, Bagnaia sudah sangat hampir dengan Binder dan mencatatkan masa sepusingan terpantas di Jerez dengan 1:38.026, iaitu 0.187 saat lebih pantas dari Binder pada masa itu. 


Di last corner lap itu, Bagnaia berjaya memintas Binder untuk pertama kali mendahului perlumbaan. 


Bagnaia memintas Binder


Pada lap-lap terakhir, Binder cuba mengecilkan gap antara mereka, tetapi Bagnaia nampak tenang sekali dengan mesin Ducati, menangkis serangan KTM sehingga melintasi garisan penamat.


Ini adalah kemenangan kedua Bagnaia pada tahun selepas litar pembukaan di Portugal. Francesco Bagnaia menamatkan saingan litar Jerez kali ini dengan catatan masa 39'29.0850 meninggalkan Brad Binder +0.221 dibelakang. Jack Miller berjaya mempertahankan tempat ketiga dan Jorge Martin dibelakangnya.


Bagnaia menunggang jentera Ducati Lenovo Team kini mendahului kejuaraan keseluruhan MotoGP 2023 dengan 87 mata, Marco Bezzechi yang terjatuh pada perlumbaan kali ini ditempat kedua dengan 65 mata, dan Brad Binder mula melompat ke tempat ke-3 keseluruhan.


Selepas kemenangan, F.Bagnaia menyatakan dalam temubual, "Lebih kepada ego saya. Bagi saya, perlumbaan ini tidak mudah dari segi mental kerana selepas dua kemalangan, ia sangat mudah untuk tidak tenang. Apabila saya melihat kemungkinan, saya hanya cuba berada di hadapan sekali lagi, dan saya mahukan kemenangan ini untuk memotivasikan pasukan saya untuk kerja yang kami lakukan. Ia adalah untuk saya, untuk ego saya. Ia adalah perlumbaan yang baik untuk #1."


Dan ditanya mengenai penalti yang dikenakan kepadanya selepas insiden memotong J.Miller semasa ditengah perlumbaan tadi, Bagnaia menambah, "Saya tidak mahu bercakap terlalu banyak mengenai penalti. Saya hanya mahu mengatakan bahawa saya menerimanya, tetapi pada masa hadapan, kami memerlukan konsistensi."

Media Source: Motogp & https://www.crash.net/




This post first appeared on HitamOil, please read the originial post: here

Share the post

MotoGP 2023 Jerez: Bagnaia Ambil Alih Posisi Teratas Kejuaraan Keseluruhan

×

Subscribe to Hitamoil

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×