Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

ExxonMobil dan INNIO bangunkan Jenbacher N Oil 40- Pelincir Enjin Termaju

 ExxonMobil dan INNIO mencipta pelincir baru, Jenbacher N Oil 40 untuk memenuhi keperluan enjin Gas Jenbacher. Produk ini telah diuji selama lebih 8 juta jam operasi di lebih 800 unit dan boleh melanjutkan selang pembuangan minyak sehingga dua kali ganda, mengurangkan kos pelupusan sisa minyak dan meningkatkan kebolehpercayaan enjin. 


Apa itu enjin gas Jenbacher


Enjin gas Jenbacher adalah jenis enjin yang menggunakan gas semulajadi sebagai bahan bakar untuk menghasilkan kuasa. Enjin ini direka khas untuk digunakan dalam aplikasi penjanaan kuasa di loji janakuasa dan kilang-kilang yang memerlukan tenaga elektrik. 


Enjin gas Jenbacher dikenali dengan keupayaannya yang cekap dalam penggunaan bahan bakar dan boleh diubahsuai untuk menghasilkan tenaga mengikut keperluan dan jenis gas semulajadi yang digunakan. Jenbacher adalah jenama enjin gas Jenbacher yang dihasilkan oleh syarikat INNIO, sebuah syarikat yang mengkhususkan diri dalam pembuatan enjin gas dan penyelesaian tenaga yang berpusat di Austria.


Minyak pelincir Jenbacher N Oil 40



Pelincir ini juga Boleh Membantu Pengendali dalam penjanaan kuasa yang boleh dipercayai dan cekap dengan mengurangkan kos kitaran hayat sehingga 30%. ExxonMobil dan INNIO menggunakan data untuk membangunkan penyelesaian baharu bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang.


Dr. Andreas Kunz, CTO di INNIO Group, percaya gabungan kepakaran pelinciran ExxonMobil dan pengetahuan teknologi INNIO boleh membantu pengendali loji janakuasa meningkatkan kebolehpercayaan operasi, produktiviti dan cita-cita kemampanan di mana sahaja mereka berada dalam peralihan tenaga. 


Jenbacher N Oil 40 membantu menstabilkan pengekalan  Total Base Number (TBN), membolehkan pengendali bergantung pada selang tukar minyak yang lebih panjang dan had penukaran minyak yang dilanjutkan tanpa menjejaskan bahagian enjin yang kritikal. Viscosity SEA 40

source: https://www.dieselgasturbine.com/news/innio-exxonmobil-release-lubricant-results/



This post first appeared on HitamOil, please read the originial post: here

Share the post

ExxonMobil dan INNIO bangunkan Jenbacher N Oil 40- Pelincir Enjin Termaju

×

Subscribe to Hitamoil

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×