Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Masalah motosikal tak boleh start


Saya kongsikan tentang punca yang kepada masalah motosikal Tak Boleh start. Kadang terjadi di waktu tertentu seperti waktu pagi/sejuk atau selepas lama parking. Agak susah nak dihidupkan enjinnya atau langsung tak hidup-hidup selepas lama mencuba, dan inilah perkara-perkara yang perlu anda tahu: 





Tak boleh start sebab penyetat tak berfungsi



  • Penyetat kaki keras
  • Penyetat kaki lus
  • Penyetat kaki kosong



Starter elektrik tak berfungsi/tak bunyi



4 contoh masalah biasa ‘kena’ pada pengguna motor menyebabkan enjin tak dapat dihidupkan. Jadi Inikah makna anda kata tak boleh start?




Ok, punca ia berlaku merujuk urutan di atas adalah seperti ini;




Biasanya penyetat keras terjadi kerana enjin jammed- Kalau terjadi semasa menunggang tiba-tiba enjin mati/jammed, kerosakannya ialah pada piston,rod ataupun bearing enjin. Enjin perlu dibuka(overhaul atau top overhaul)



Masalah clutch adalah penyebab utama penyetat lus/loose. Perlu ditukar ganti beberapa komponen clutch sahaja untuk atasinya. Ada bebarapa kes lus berpunca dari masalah starter engkol dan gear dalam enjin.



Penyetat kaki kosong(tak lekat) tandanya berkemungkinan seperti jawapan no 2. Tetapi jika berlaku semasa enjin bergerak adalah kerana kerosakan komponen dalaman enjin seperti piston, oil seal(2-stroke) atau pada valve(4-stroke)



Berkaitan penyetat elektrik/electric starter pula selalunya berpunca dari bateri lemah,check horn,signal seperti biasa atau tak. Tekan button starter enjin berbunyi tapi enjin tak hidup, kita lanjut dibawah




Boleh start tapi enjin tak boleh hidup


Yang paling utama ialah berkenaan system nyalaan enjin seperti Spark Plug, cdi, coil sepertinya perlu diperiksa.



 Didahulukan adalah periksa minyak petrol. Dipastikan 2 pakara itu tiada masalah anda perlu lanjutkan ke bahagian karburator/fuel injection dengan membuat servis.


Tak hidup sebab lama simpan


Tukar minyak petrol lama

Motor sudah lama simpan dan mahu dicuba hidupkan enjinnya kembali harusnya anda perlu membuang semua petrol lama dan digantikan dengan yang baru kerana petrol lama tak dapat dibakar sebaiknya oleh enjin dan akan menyebabkan enjin sukar dihidupkan.


Caranya anda harus bukakan bajunya(cover body) terlebih dahulu  dan cabut keluar wayar petrol ke karburator.Lain jenis motor lain lokasinya pada karburator atau injeksi.



Servis karburator

Servis karburator.Jika menggunakan sistem karburator perlulah ia diservis cuci komponen dalamanya.Biasanya takungan petrol lama didalam karburator akan mengakibatkan keladak seperti ketulan yang akan menyebabkan lubang-lubang dalam karburator jadi terkambus.Inilah punca kegagalan karburator berkerja.


Dibuka keluar dan dicuci semua komponen dalam karburator motor itu termasuk jettingnya pilot dan mainjet agar semua lubangnya nampak tembus tidak tersumbat lagi.Setelah itu pasanglah dengan berhati-hati supaya tiada bocor minyak nanti.



Caj battery

Sementara anda mencuci karburator itu apa kata anda buka dulu battery dan dihantar caj dibengkel.Jika ia tak boleh pakai lagi@bateri kong silalah gantikan ia dengan yang baru.Kemudian nanti sudah siap servis bahagian lain ambil battery dan pasang balik pada motor.



Gantikan sebiji spark plug

Motor anda pakai satu spark plug gantikan satu spark plug baru kerana kita mahu api yang kuat bila mau hidupkan enjinnya.Sebaiknya gantilah spark plug sebaik saja anda sudah pasang battery,ini tipsnya.


Semasa spark plug sudah dikeluarkan luangkan sikit waktu lagi buat uji cuba pengapian coil plug.Buang kepala plug,dekatkan cable coil ke permukaan enjin/body,buka suis dan tendang penyetat lihat sama ada akan ada api terhasil atau tidak, jika keputusan positif makanya pasanglah plug baru itu.



Tukar minyak hitam

Ini tidak wajib tapi sebagai pelengkap dan persedian untuk menggunakan terus motor itu jika ia berjaya dihidupkan.


Tapi andainya motor itu tak begitu lama disimpan dan minyak hitam pun masih baru ditukar sebelum ini maka tak perlulah menukar minyak hitam itu.Tapi jangan lupa check paras minyak hitam juga kerana enjin berjalan dengan minyak hitam kurang boleh mengakibatkan kerosakan komponen dalam enjin.


Ok,siap 5 perkara di atas anda bolehlah juga tendang engkol bagi motor gear atau picit butang starter bagi motor matic untuk hidupkan enjinnya.


 credit: baikimotor.com




This post first appeared on HitamOil, please read the originial post: here

Share the post

Masalah motosikal tak boleh start

×

Subscribe to Hitamoil

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×