Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

OPSYEN BEK KIRI


Dalam kegembiraan menyambut kemenangan dengan Barcelona, jangan dilupa bahwa kita kehilangan Bek Kiri utama yang baru, iaitu Milner. Milner rasanya macam nak jadi bek kiri utama setelah dicuba beberapa kali dalam perlawanan sebelum ini. Malah beliau bermain agak kemas disana samada bertahan malah turut sama membantu serangan. Kecederaan kaki membuatkan beliau dikeluarkan pada minit ke 42, digantikan Moreno.

Kita bukan tak harap dengan Moreno, tapi macam itulah cuak juga dengan prestasi beliau. Kadang Ok kita tengok nak macam RobertoCarlos, siap boleh sumbat gol dan membantu rakan buat gol lagi. Tetapi bila hari dia buat taik, kita nampak lagi teruk dari Dossena gamaknya. Prestasi Moreno masih lagi ditahap belum meyakinkan, bukan saya nak kutuk beliau semberono, tetapi dengan Milner main dalam kesebelasan utama sebelum ini, memang Klopp pun macam sependapat.

Kini tinggal Randall yang boleh main kat situ sebagai pencabar Moreno, tetapi dia tak meyakinkan macam dia main disebelah kanan. Mungkin Randall tak selesa dan jarang main di sebelah kiri semasa bermain dalam skuad simpanan dulu. Malah sebelum ini dengarnya Randall pun Klopp nak pinjam keluar. Mungkin sebab nampak Milner sesuai di posisi ini, tetapi sekarang Klopp kena simpan hasrat sebab Milner pula cedera.

Opsyen yang saya syorkan ialah beli bek kiri baru. Beli yang betul-betul mantap main kat situ bukannnya yang sederhana, sebagai pencabar sahaja. Dengan kecderaan Milner, keperluan Klopp nak beli bek kiri dah tahap wajib bukannya sunat lagi. Tak payah kita nak letak sesiapa, sebab jawatankuasa perpindahan dah ada senarai-senarai pemain yang mereka pantau sekian lama. Cuma tunggu Klopp bagi kata putus sahaja.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

OPSYEN BEK KIRI

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×