Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

MEMALUKAN SEANTERO JEMAAH LIVERPOOLIAH



DHAKA: Sebelum 2014, Nibras Islam hanya seorang pelajar biasa yang riang dan kaya, minat sukan, mempunyai teman wanita, gemar berselfie, melepak di kafe dan diminati ramai kerana wajahnya yang tampan.

Tetapi, tiba-tiba namanya disebut sebagai antara anggota militan IS yang menyerang sebuah restoran di Dhaka pada Jumaat lalu hingga mengorbankan 20 orang.

Dua bulan sebelum itu, dia menulis di Twitter: “Selamat tinggal selamanya.”

Selama ini, pihak berkuasa mengandaikan penyerang IS terdiri daripada mereka yang miskin dan hanya mendapat pendidikan madrasah.

Selepas serangan di Dhaka itu, mereka terpaksa menerima hakikat kumpulan militan itu mula merekrut golongan mewah dan berpendidikan tinggi.

Dalam kejadian itu, polis mengesyaki bekas pelajar Universiti Monash di Malaysia, Nibras, dan seorang lagi adalah antara enam penyerang yang maut ditembak pasukan keselamatan selepas dikepung 12 jam, sementara tujuh penyerang lagi kini ditahan, kata polis Bangladesh.

Masih tidak jelas bila dan bagaimana pemuda ini – tiga daripadanya belum mencapai usia 22 tahun – diradikalkan.

Seorang rakan Nibras dari sebuah kolej swasta di Dhaka sebelum dia ke Malaysia berkata, mereka terserempak di sebuah kafe pada Januari dan terkejut apabila Nibras memberi salam dalam versi penuh, bukan kebiasaannya yang sekadar mengucap “Salam”.

“Saya biasa solat di universiti, dan tidak pernah berjumpa dengannya ketika waktu solat di surau,” katanya.

Yuran tahunan pengajian ijazah muda di Universiti Monash Malaysia hampir AS$9,000 (RM36,000), enam kali ganda purata pendapatan di Bangladesh.

Seorang kenalan Nibras di Monash berkata, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan dan digambarkan gemar melepak dengan kawan, suka bergambar terutama dirinya sendiri sehingga menjadi usikan rakan.

Penyokong Liverpool, peminat Bollywood

Tinjauan di akaun sosial medianya mendapati Nibras menggilai aktres Bollywood, menyokong kelab Liverpool dan berselfie di kafe bersama rakan, malah pernah ada teman wanita sebelum putus hubungan pada 2014.

Dan tiba-tiba dia hilang dari kampus tahun lalu. Tidak jelas kenapa dia meninggalkan kampus. Kemudian dia mula renggang daripada media sosial, menghentikan aktiviti Snapchat dan Facebook, tetapi akaun Instagram miliknya masih aktif.

Nibras mengikuti 10 akaun Twitter, salah satunya ialah @ShamiWitness, yang dikendalikan pakar propaganda IS, Mehdi Masroor Biswas, yang ditahan di Bangalore tahun lalu.

Dia juga pernah ‘like’ tweet Anjem Choudary, pendakwah Islam berprofil tinggi Britain, yang kritikal terhadap Perancis dan sekutunya, dan dimuat naik pada Januari 2015, tidak lama selepas serangan maut militan di pejabat majalah satira Perancis, Charlie Hebdo.

Joyeeta Bhattacharjee, pakar Yayasan Penyelidikan Pemerhati di New Delhi, berkata penyerang dalam kejadian itu datang daripada latar belakang keluarga yang mewah dan liberal.

Timbalan Pesuruhjaya Polis di Dhaka, Masudur Rahman memberitahu Reuters penyerang terbabit “berpendidikan tinggi dan kaya” tetapi kena “brainwashed”.

– REUTERS


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

MEMALUKAN SEANTERO JEMAAH LIVERPOOLIAH

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×