Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SPURS

Tags: spurs sebab lawan

Liverpool Lawan Tottenham Hotspurs

11:30pm (Waktu )
31 Mac 2019 (Ahad)
Stadium: Anfield
Siaran Langsung: Astro 816/834


Cukup bosan tunggu habis perlawanan antarabangsa. Nasib baik terselit juga perlawanan lagenda , Geng Gerrard lawan Geng Pirlo. Perlawanan amal antara lejen Liverpool dan Ac Milan sangat menarik. Jujur cakap perlawanan tu Abam Long Gerrard punya. Sebijik macam lawan Lejen Madrid tahun lepas. Punya menonjol Gerrard punya aura hingga yang kita nampak macam dia saja atas padang.

Tapi yang tak menyeronokkan diorang pergi selit Owen sebagai lejen Liverpool. Bukan marah Sebab dia main tak bagus masa lawan Milan tapi dia dah dianggap musuh sebahagian peminat sebab sanggup sarung jersi Syaiton Merah. Kita tahu dia ada jasa banyak zaman trebel 2001, tapi kalau dia sedar dia nak jadi lejen Liverpool takkan dia tak tahu permusuhan antara dua kelab.

Alisson
Trent Matip Vvd Robbo
Hendo Fab Gini
Salah Firmino Mane

Aksi mendebarkan untuk persaingan liga minggu ni sebab lawan pasukan boleh tahan hebat. Spurs punyai pasukan setaraf kita. Pengurus juga terbaik dan licik. Cuma beza ialah mereka punyai bahagian tengah kreatif yang menyalurkan peluang gol tetapi juga menyumbat gol. Kalau Klopp sanggup nak buang duit banyak beli pemain tengah abam syorkan gi rembat Eriksen dari Spurs. Bukan takat kreatif dia tak lembik macam Coutinho dan boleh main corak agresif.

Man City dok tunggu dan sokong Spurs. Mereka harap Spurs mampu tolong sekat kita. Sebab tak banyak kelab yang mampu halang kita kalau ikut percaturan atas kertas. Malah Spurs juga ada misi nak selesa ditangga ke 3. Spurs akan gunakan Kane untuk robek pertahanan dibantu Alli dan Son. Cuma kalini takda Lovren untuk jadi lubuk. Risau juga dengan Matip sebab dah nampak kian turun skit prestasi selepas lawan Bayern.

Mane plak kian mengganas bila Salah dalam kegersangan. Itu adat la bila main 3 penyerang. Musim lepas masa Salah naik dan Mane nampak hambar sikit. Korang yang perasan mesti tahu sebab apa Salah jadi teruk sikit. Dia memang tamak macam musim lepas tetapi musim ni ramai bek dah tahu camna dia main. Diorang akan tunggu Salah nak rembat kaki kiri baru diorang blok. Sebab kaki kanan dia mampos diorang akan biar sampai dia ubah kaki.

Abam tak harap menang besar walaupun kat Anfield. Menang sebiji pun dah kira ok cuma kena elak main terbuka sangat dengan Spurs. Diorang pun takkan berani nak main terbuka juga tetapi jika kita dok main ralit serangan balas mereka boleh tahan. Lagi satu bola setpis kena hati2 sebab bukan sahaja Eriksen sebagai pembekal bola saja boleh kasi bola cun, Spurs juga berbahaya punya penanduk2 mantap. Lagi satu takut diorang kerumun Alisson macam Burnley buat memang kes naya.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SPURS

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×