Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA: FULHAM LAWAN LIVERPOOL


Fulham vs Liverpool

10:15pm (Waktu )
17 Mac 2019 (Ahad)
Stadium: Craven Cottage
Siaran Langsung: Astro 810/831

Bila tahu lawan kita suku akhir UCL, Porto ramai peminat sengih macam kerang busuk. Korang mesti teringat kenduri besar 5-0 kat Anfield. Abam pun sama, namun biar kita rendah diri jangan rendah akhlak macam Peminat Menyu yang bajet optimis padahal dalam gerimis bila tahu ketemu Barca. Klopp beri amaran awal, Porto atau sesiapa sahaja yang layak ke Suku Akhir bukan lawan cap ayam lagi. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan. Salah satu kelemahan kita ialah tanpa bek kiri Robertson. Harap pengganti bukan Moreno. Kalau tak letak Milner, letak Origi kat situ lagi abam sanggup.

Penting bagi pemain fokus liga, walaupun tentangan kali ni ialah pasukan lauk kenduri, Fulham. Pasukan yang sedang bergelut kelembah penyingkiran amat bahaya. Ada pengulas cakap macam Singa yang cedera. Mereka mungkin sedang menggelupur nak mampos. Tetapi jika dok buat sarkas depan singa tu, boleh mendapat juga kot. Kemenangan kita perlu untuk bakal beri tekanan kat Mak Siti nanti. Sebab mereka tak lawan dalam minggu ni dan kena tunggu lepas perlawanan antarabangsa

Klopp mungkin akan cuba buat penggiliran pemain, namun bagi abam risiko juga jika letak pemain kurang cergas. Pemain macam Lallana dan Shaq mungkin boleh kasi peluang, tetapi barisan depan kena kekal tambahan plak khas buat Mat Salah. Sebab lawan camni mungkin akan jadi kebangkitan gol untuk belliau. Kemarau teruk sangat dah Mat Salah ni. Untuk rekod dia dah dekat 8 perlawanan tanpa gol. Tak kata kedia lah, dulu ramai tak tahu penangan beliau yang hebat. Sekarang ramai dah fokus kat Salah dan sebab tu Mane dan Firmino plak terlepas pandang.

Alisson
Trent Matip Van Robbo
Lana Fab Gini
Salah Firmino Mane


Fulham sekarang bukan lagi di era Acik Ranieri. Pak Cik tu dah berambus balik kampung kat Itali dan dapat rezeki terpijak boleh urus AS Roma. Sekarang Fulham dikawal selia oleh lejen mereka Scott Parker. Korang baru tengok bola zaman Suarez-Coutinho mana tahu siapa Scott Parker. Mamat ni antara pemain tengah terbaik EPL zaman hujung 90an masa main kat Charlton. Liverpool nak beli mamat ni tetapi Chelsea kacau daun. Tetapi kalau mamat ni datang rasanya kita mungkin takkan tengok kedatangan Alonso. Malah Benitez nak cuba sekali lagi lepas jual Alonso ke Real, tapi kena rejek. Tapi paling malang Atuk Roy Hodgson kena rejek dengan Parker dan terpaksa beli Poulsen.

Bukan abam nak perbesar-besarkan Parker tetapi beliau antara pemain Inggeris terbaik yang tersalah pilih kelab. Mungkin sebab lahir kat London dia banyak pilih kelab London seperti Chelsea, West Ham dan Spurs. Kat Newcastle dia ada main tetapi tak lama mungkin rindu ayam itik kampung halaman kat London.  Sebab itu bila abam tahu dia tetiba ganti Ranieri, abam harap dia boleh bentuk pasukan Fulham menjadi pasukan terbaik walaupun mereka turun liga nanti. Abam harap yang terbaik untuk Parker dan harap kita jangan buat leceh nak main2 dengan pengurus baru yang mungkin idea nak kekang kita di Craven Cottage.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA: FULHAM LAWAN LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×