Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN BRIGHTON

Kalau tak pasal Main teruk lawan WBA dan Stoke, perlawanan dengan Brighton takkan dianggap perlawanan akhir. Penetu siapa layak ke slot 3 dan 4 Liga Juara-Juara. Sekarang Spurs, Liverpool dan Chelsea semua panas punkoq. Semua harap nak menang dan masing-masing doa supaya lawan masing-masing bungkus. Dalam keadaan sekarang situasi seri dah boleh buat kita layak namun, bahaya juga sasar terlalu rendah 1 mata sahaja.

Skuad Liverpool masih stabil, walaupun agak kurang pesaingan berkualiti. Panglima-panglima utama masih cergas. Cuma barisan simpanan terlalu naif sikit. Tambahan pula bahagian serangan sekadar ada Ings dan Solanke. Tengah plak Trent kebelakangan ni dok turun main kat sana. Bek pula ok juga ada Moreno, Clyne, Klavan. Namun abam harap jangan ada kecederaan baru sebab takkan nak bagi pemain akademi plak main nanti.

Karius
Trent Lovren Van Dijk Robertosn
Milner Henderson Wijnaldum
Salah Firimno mane

Brighton dah selamat kat Liga Perdana musim depan. Diorang bakal main santai-mantai nanti. Takda tekanan dan mungkin bakal tolong bagi kita 3 mata. Itupun kita kena letak pemain utama dulu sebab mereka cuma perlu main selamat yakni susun bas. Lagi satu dalam perlawanan ni peluang Salah nak bedal gol bebanyak paling kurang elak Kane dari potong kat kona. Kalau dapat 3-4 biji gol bleh potong Messi plak untuk kasut emas Eropah.

Klopp suruh anggap perlawaanan dengan Brighton macam perlawanan akhir untuk piala. Sebab dia taknak kena pulun nak masuk Liga Juara-Juara dari pintu belakang. Terpaksa jadi pemenang Liga Juara-Juara . Itupun kalau menang, kalau tak memang hangit kena main kat Europa dengan Si Arsenal dan Burnley. 


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN BRIGHTON

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×