Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA JUARA-JUARA : MAN CITY LAWAN LIVERPOOL (AGT 0-3)

Tags: boleh setan main

Perjuangan masih belum selesai. Kelebihan 3 gol tak bermakna jika ambil mudah. Nasib baik Klopp dah tanamkan peringatan kepada anak buah, anggap perlawanan nanti reset 0-0 balik. Pasukan perlu menang dan cari gol. Bukan susun bas untuk bertaktikal. Man City tetap pasukan yang baik walaupun tak sempurna. Mereka Boleh menang sepanjang musim tapi tewas berturut-turut minggu lepas.

Abam rasa masa lawam Setan Merah baru ni, City boleh makan Setan. Tapi fikiran pemain tak boleh fokus dah sejurus dah tapau 2-0. Sebab dok nampak perlawanan lepas ni dengan Liverpool. Paling malamg Raheem Ular Air, sebab kalau tak kerana dia buang peluang sampai kali, rasanya Setan dah kena rejam sampai 5-6 gol. Padan muka eksyen sangat dan juga gelabah tak tentu pasal kalau tak Setan tak boleh buat kambek.

Karius
Trent Lovren Van Dijk Robertson
Milner Gigi Oxxx
Salah Firimno Mane

Kapten Hendo pun satu hal, kalau dia tak keronyok Raheem haritu, kan dah boleh main. Tapi abam bukan apa, tak berapa harap sangat Gigi Gandum jaga tengah. Bukan tak percaya kebolehan dia, namun sedikit gusar jika dia terlalu pegang bola lama macam lawan Everton baru ni. harap jangan dok buat perangai nak cuba gelecek ketika kena kepung dengan pemain City, boleh kantoi sekali naya kawan-kawan kat bawah. Biar main santai rilek, sebab yang tekanan ialah City bukan kita.

City akan cuba main lebih menyerang nak dapatkan 4 gol. Mereka pernah tapau kita 5-0 kat sana. Itu motivasi diorang. Tambah plak hero mereka, Aguero dah pulih. Ikut stail City mereka cukup suka  lawan pasukan yang cuba susun bas. Macam kes Setan, kalau derang tak cuba nak ubah taktik untuk main menyerang balik, korang rasa City boleh kalah tak malam tu. Jadi Klopp kena main macam kat Anfield, tambah gol untuk tambah keperitan mereka.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA JUARA-JUARA : MAN CITY LAWAN LIVERPOOL (AGT 0-3)

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×