Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA: SOUTHAMPTON 0-2 LIVERPOOL


Maaf sebab tak tulis apa-apa minggu lepas. Terima kasih bagi yang tetap meneka keputusan lawan Spurs haritu. Abam takkan berenti menulis, cuma tahap kerajinan bergantung kepada suasana kesibukan. Jangan risau walaupun blog ni dah hampir 10 tahun, namun pembaca makin ramai bukan lagi berkurang. Walaupun ada orang cakap zaman blog dah berlalu diganti Facebook, twitter dan wassap, namun bagi abam selagi google tutup blogspot, selagi blog ini akan keudara.

Abam nak ulas silibus yang tertinggal, bab Spurs haritu. Kita patut menang dan semua orang akan cakap perkara yang sama kecuali yang sokong Spurs dan Menyu kot. Dalam ketika ini abam harap VAR, Pembantu pengadil bervideo diperluaskan kepada perlawanan Liga bukan sahaja dalam Piala FA. Kita dirompak dalam perlawanan itu bukan sekali tetapi dua kali. Pengadil kadang-kala ikut perasaan, dan mereka juag manusia biasa akan buat silap. Tetapi kalau dah berkali-kali memang patut kena kecam.

Sebelum perlawanan dengan Soton kita dapat khabar gembira bila Ayahanda Benitez telah tolong kasi tiaw sama itu Setan Merah. Semangat camtu, mungkin buatkan pasukan kita makin semangat nak kintai Soton dilamana mereka. Liverpool bermula dengan pasukan terkuat yang sama macam tewas dengan Swansea dulu. Ramai dok risau, dan kerisauan ada logik sebab masa menang dengan Huddersfield, Kapten si Henderson, bukan Emre. Masa Emre jadi kapten kita bungkus. Klopp tegas kekalkan Emre sebab hanya dia opsyen kereta kebal kat tengah walaupun sekali-sekala main bebal juga.

Perlawanan dengan Soton secara keseluruahn berat sebelah dari segi penguasaan bola pada separuh pertama. Selalu kita yang pegang, tetapi kalini Soton plak yang pegang bola lama. Mungkin taktikal Klopp begitu, atau tanggapan abam pemain tengah Soton, Lemina memang bagus dominasi bahagian tengah. Pellegrino punya taktik nak curi ruang tepi sebab dia rasa pemain sayap, Mane dan Salah takkan bantu bek tepi sangat. Sebab itulah kita tengok Klopp cuba perangkap Sotong dengan pukat yang berbeza dengan pukat yang selalu dia guna.

Umpan dah mengena, Liverpool memang cukup bahaya bila serangan balas. Karius cukup cemerlang bukan sahaja menepis percubaan-percubaan Soton, tetapi kerana dialah punca gol pertama terhasil. Tindakan bijak dan pantas melorongkan bola kepada Ox yang buat larian keatas. Salah didepan dah memecut naik, bila Ox buat hantaran. Bola cuba dieluarkan oleh bek Soton, namun terkantoi dan dapat kepada Salah yang begitu pemurah melepaskan kepada Firimno yang menerpa dari tengah dan melepaskan sepakan leret untuk gol pembukaan Liverpool.

Gol minit awal bukan gerenti kita boleh seronok awal. Selalu dok kena getah bila dapat gol awal. Takut jadi macam WBA. Soton masih tak putus asa, percubaan mereka digagalkan oleh Karius yang cemerlang. Boleh tahan juga saiko Klopp nak beli goli baru. Dan-dan Karius main macam Buffon. Kalau stendet Mignolet abam rasa mau Soton didepan 2-1, jika Karius tak beraksi cemerlang. Namun begitu asakan Liverpool banyak bergantung kepada Salah dan firmino. Hingga saat hampir separuh tamat gerkan dari tengah, dalam kawaasan padat Firmino melakukan sepak kuda, bola sampai kepada Salah dan gol kedua untuk Liverpool.

Separuh kedua perlawanan nampak dalam kawalan, biarpun Soton nak cuba cari gol semangat. Dan perlawanan tamat dengan keputusan 2-0 sampai habis. Abam nak tekankan kat sini bukan sebab Soton tak bagus, tetapi pasukan kita bermain secara berkumpulan bila bertahan. Dan bila bertahan, individu akan melaksanakan tugas dengan baik. Bila mereka tak buat kesilapan, jika kita setakat bubuh 1 gol pun boleh menang. Bukan macam sebelum-sebelum ni, bila didepan 3-0 belum menjamin 3 mata dik oi. Jadi Klopp boleh kembali fokus kepada perlawanan Liga Juara-Juara dengan Porto awal khamis pagi nanti.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA: SOUTHAMPTON 0-2 LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×