Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA JUARA-JUARA: LIVERPOOL LAWAN MARIBOR


Karius
Trent Matip Klavan Robertson
Wijnaldum Can Milner
Ox Sturridge Firmino

Korang jangan harap Maribor nak biar dirogol kat Anfield. Mereka mungkin dah insaf nak main terbuka tambahan plak kat Anfied.  Keinsafan akibat dirogol membuatkan Maribor dah tak bolos dalam 2 perlawanan terdahulu kat Liga mereka, cuma berjaya menang dengan jaringan tipis. Secara logik ikut prestasi pasukan dan prestasi Lawan, Liverpool nak menang tak sukar tetapi buat masa sekarang, kita tak boleh jangka pertahanan kita punya perangai. Kalau dia nak bolos, sekali serangan pun kantoi macam kes Spartak dan Sevilla.

Abam ingat perlawanan ni nak simpan Salah pun tak mengapa untuk bagi dia segar lawan West Ham hujung minggu. Ox dah boleh bagi peluang sementara rehatkan Salah. Permainan Ox masa lawan Hudd memang semat. Takkan letak simpanan kerana dia perlukan masa permainan dan lawan macam Maribor sesuai sikit tak berapa ada tekanan. Sturridge kena main terus-menerus bersama Firmino sebab gandingan mereka dah nampak serasi bersama.

Oleh kerana Milner bersama Klopp tadi masa wawancara, rasanya kali ini Milner dah jadi pemain tetap. Kemungkinan besar Hendo direhatkan ganti Emre yang rehat sebelum ni. Wijnaldum plak akan diturunkan lagi bukan sebab jaringkan gol tetapi dah boleh jangka dia akan direhatkan untuk lawan West Ham nanti. Bahagian tengah bagi abam boleh kasi pemain muda macam Grujic peluang, namun kebelakangan ni Klopp dah jarang bagi main sebab apa pun tak tahu.

Pertahanan jadi topik utama namun abam anggap mereka dah Ok. Mungkin sebab takda Lovren sama kot. Masalah Lovren sekarang ni mental koyak. Kadang-kala dia bab luar padang terlalu ambil serius. Macam kes kena bahan sampai tutup Instagram dan baru ni kena ugut dalam dalam media sosial. Sebab itulah Klopp kena beri masa Lovren cari ketenangan jiwa dan pulih sepenuhnya kalau betul dia cedera. Dah pulih betul-betul mental fizikal barulah kita boleh tengok Lovren yang mantap dan tiptop.

Klavan mungkin kekal bukan sebab dia tak buat perangai tetapi dia saja opsyen yang ada. Trent mungkin ganti Gomez sebab  Gomez perlu rehat sebab dia mungkin akan diberi peranan dibahagian tengah jika Klopp tak puashati dengan Klavan. Kita heran kenapa beli Robertson tapi jarang beri peluang. Moreno memamg mantap musim ni, tetapi Robertson kena diberi masa permainan takut-takut jika Moreno cedera, tak menyempat Robertson nak bersedia dengan stamina dan keserasian taktikal.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA JUARA-JUARA: LIVERPOOL LAWAN MARIBOR

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×