Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA: MAN CITY 5-0 LIVERPOOL



Tak tertaip rasa kecewa. Nak marah pengadil? Mane? Goli City ? Atau siapa. Itulah adat permainan. Apa yang peminat Arsenal rasa kena nganjing lepas dibaham 4-0 , terkarma kembali kan, malah dengan lebih teruk sampai 5 biji. Kita perlu terima kasih kat City sebab tolong bagitahu yang bek tengah samada Lovren atau Klavan sama sahaja. Tak berupaya nak main apa kehendak pasukan. Klopp samada sedar atau tak dia terpaksa tanggung liabilti sehingga Januari.

Kad merah memang boleh dipertikaikan. Mane nak kuis bola, Ederson sengaja sua muka. Risiko nak patah tengkok Ederson ambil semata-mata nak elak gol. Dan beliau berjaya selamatkan gol sekalipgus mengurangkan Liverpool kepada 10 pemain. Abam ingat sekalipun main 11  orang Liverpool sukar nak gugat City apatah lagi dengan 10 orang. Kelaut terus permainan sebab dah kita nampak tunjang pasuakn ialah Mane.

Nak tulis camna bolos pun trauma sebab kalau boleh taknak ingat camna senang sangat kena kintai. Tetapi apa yang nampak pertahanan kita terdedah bila penyerang main offside dan paling malang bek kita plak tak reti nak jaga rapat biar pemain bebas kesana sini. Pep dah banyak belajar musim lepas. Sebab tu dia borong habis bek terbaik EPL dan Eropah untuk kuatkan pasukan. Yang Klopp plak dok pulun juga Van Dijk macam takda bek tengah lain kat dunia ni.

Pemain tengah juga tak banyak membantu. Malah tak keterlaluan cakap mereka biarkan pemain tengah City jadi taiko, dapat lolos dan bekalkan penyerang dengan hantaran bahaya serta lemak berkrim. Paling nampak macam hilang dalam terang ialah Mat Gandum. Bukan nak peleceh pemain sendiri, tetapi ada terdengar yang acapkali main ditempat lawan Gandum jarang menjadi. Korang boleh cuba cari betul tak apa yang abma dengar.

Kalah menang seri tak jadi masalah sekarang yang penting Klopp dapat pengajaran bagaimana nak perbaiki keadaan. Kita tengok camna keadaan pasukan dalam perlawanan liga sepanjang Oktober tanpa Mane yang pasti kena gantung 3 perlawanan. Masa ini rasanya kita boleh gunakan mamat sakit belakang kembali keposisi sayap kiri atau Ox kat sana. Opsyen kat atas banyak tak risau. tetapi bila Matip atau Lovren cedera itu lebih merisaukan.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA: MAN CITY 5-0 LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×