Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 1-0 CRYSTAL PALACE


Abam paham Klopp masih taruh harapan dengan skuad sedia ada. Dia percaya Moreno, Lovren, Klavan, Gomez dan Origi masih berguna sebagai pemain skuad. Terbawa-bawa perangai kat Dortmund, beli pemain bukan sebarangan sebab Klopp nak pemain ngam dengan projek bolasepak beliau. Sebab itu kita tengok pemain yang macam nak kena lelong, Moreno pun masih dapat peluang.

Semalam Moreno dah kena simpan dan juga Lovren. Kita saspek Klopp dah nampak kena cari penyelesaian dengan perkenalkan Robertson untuk penampilan sulung dan Klavan dalam gandingan kiri. Keseluruhan mereka mendapat hampir markah penuh cuma ketika pemain sayap potong Klavan dan Benteke hampir sumbat gol tang tu abam dah cakap mereka pun dua kali lima.

Plan De Boer memang menjadi separuh masa. Naik rimas tengok bola dok lalu lalang banyak kawasan tengah. Sturridge tak berapa boleh harap bila kepungan Palace padat macam sardin. Fizikal yang baru nak pulih buatkan Mat Kaca terpaksa main selamat, elak nak cari pasal pegang bola dan masuk kedalam kotak. Lagipun Firmino tak ngam kat sayap. Hanya Mane nampak ligat dan kreatif.

Separuh pertama rasanya peluang nak gol ada juga. Liverpool punyai peluang dari Firmino yang rembatan padu berjaya ditepis Hennesey. Malah Palace juga nyaris gol bila Mignolet menepis rembatan padu Loftus Cheek. Kiranya kedua-dua penjaga gawang jadi hero beraksi baik untuk menidakkan gol lawan masing-masing.

Separuh kedua bila Salah masuk, nampak bernyawa sikit serangan. Malah bila Gandum keluar masuk Solanke, kat sini kreativiti Firmino terserlah. Posisi baru Coutinho nampak sesuai juga dengan Firmino semalam. Keadaan ni buat bahagian tengah lebih bertaambah kreatif berbanding ketika Gandum main yang mana dia lebih nak buat hantaran pendek selalu.

Dari kita dok fikir masa depan tanpa Coutnho lebih baik jaga bak-baik Mane. Sejak dia masuk jarang sekali dia culas atas padang. Malah ketika Mane main AFcon, ketara sangat pasukan dek kerana terlalu mengharap beliau. Tapi paling penting, gerakan Mane dibantu Solanke menyaksikan gol tunggal memecah badi 3 musim tak pernah menang dengan Palace di Anfield.

Kemenagan tipis memang nampak macam pasukan kita masih perlukan penyerang berkelas dunia. Tetapi bagi abam, lawan pasukan liat cam Palace nak dapat lebih dari sebiji , corak kita punca mereka susun bas. Nak tunggu bek buat silap sukar benar kerana bukan 4 jadi pertahanan malah hampir 5 pertahanan sambilan aakan tolong buat ramai. Jadi dapat 3 mata adalah penting tak kisah kenduri gol atau tipis.



This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 1-0 CRYSTAL PALACE

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×