Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

KELAYAKAN LIGA JUARA-JUARA: HOFFENHEIM 1-2 LIVERPOOL



Kesebelasan sama tak berubah macam lawan Watford. Abam sendiri mulanya naik hairan kenapa tak gilir pemain lain. Pemain haritu tak penatkah sampai tak bagi peluang kat orang lain Tetapi Klopp macam sengaja nak umpan Hoffenheim. Mungkin Klopp nak Hoffenheim main Bola jauh, sebab kali ni Liverpool dah bersedia nak hadap sekali lagi corak huduh camtu.

Malang sekali Nagelsmann juga main akal. Dia tak beri galakan nak main hantaran jauh tetapi permainan Hoffenheim sangat kemas dan jarang nak buang bola walaupun kat bawah. Mereka main 3-4-3 bersesuaian nak kekang 4-3-3 Klopp. Tersangat cermat simpan bola, sampaikan Liverpool sukar nak rampas bola dan hatta berjanggut nak tunggu hantaran kantoi walaupun secebis. Lagi satu setpis Hoffenheim memang cantik, bola sepakan setiap kalau datang ke kubu Liverpool cemas kita tengok.

Lovren dan Moreno memang pasangan serasi untuk jadi lubuk. Majoriti serangan kalau kita nampak mari sebelah kiri, seakan mengundang bahaya. tetapi Hoffenheim mereka kurang baik sebab mereka tak cuba nak main bola lintang selalu. Namun nasib mereka dapat kantoikan Lovren dengan gerakan licik menghadiahkan penalti. Samada Mignolet hebat atau pemain Hoffenheim yang ambil penalti bangang itu saja membuatkan Liverpool terselamat dari bencana.

Liverpool cuba nak cari kelemahan pertahanan tuan rumah, namun ada sekali tu hasil gerakan dari Firmino beliau berjaya melepaskan hanatran pantas kepada Salah. Salah dengan kepantasan berjaya melarikan bola dari cabaran bek lawan, namun sepakan beliau tersasar kelaut. Namun rezeki bukan datang dari pelbangai cara. Liverpool dihadiahkan sepakan percuma luar kota. Pilihan luar biasa, Trent Arnold mengambil tanggungjawab dan beliau hasilkan gol dengan sepakan bertaraf lima bintang.

Setelah mendahului Liverpool masih cuba menggandakan gol dengan variasi serangan. Tapi corak bertahan padat tuan rumah meyukarkan keadaan walaupun mereka sepatutnya terdesak cari gol penyamaan. Separuh pertama selayaknya Hoffenheim mampu meraih gol, tetapi kegopohan mereka tak pernah nak manipulasi pertahanan Liverpool yang tak berapa mantap. Bahagian tengah nampak sedikit longlai tnap bola dan dapat bola sekalipun banyak main tepi sebab lawan kita cukup cermat ditengah.

Separuh kedua bermula dengan Hoffemheim sekali lagi monopoli penguasaan bola. Tak pasti kenapa mereka begitu tenang sampai nak serang pun berani-berani takut. Dapat bola dari tepi hayun ketengah cari sasaran. Liverpool pula berjaya terselamat dari sepakan-sepakan sudut tetapi mengeri juga cara bek kita mengeluarkan bola. Hendrson terpaksa keluar digantikan dengan Milner. Namun tuah ayam nampak dikaki, tuah Milner dia masuk dengan berikan gol cantik walaupun terbias sedikit kena bek Hoffenheim. Mendahului dengan 2-0 Liverpool selesa nampak macam sebelah kaki nak layak.

Sayang seribu kali sayang, bola serangan bahaya tak kantoi tetapi pemain kita tersalah anggap bola offside. Sebenarnya Lovren tak tengok pemain lawan dan dia buatkan pemain sayap Hoffenheim dalam keadaan jelas tak offside. Dan paling naya pemain kita dok rasa penjaga garisan nak angkat bendera namun meleset. Mark Uth merembat masuk gol semangat untuk Hoffenheim ke Anfield nanti. Perlawanan berakhir 1-2 dan bagi saya kita perlu lebih waspada walaupun 2 gol ditempat lawan satu kelebihan. Dan kebolosan ini juga satu isyarat penting bahawa individu macam Moreno dan Lovren bukan pemain yang masih merapu dalam skuad kita.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

KELAYAKAN LIGA JUARA-JUARA: HOFFENHEIM 1-2 LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×