Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA


Pasukan corot nak jatuh liga Memang akan main cam orang gila. Musim lepas Leicester City, main gila-gila Nak Selamatkan Diri hinggakan dah jadi cam Forest Gump, lari punya lari nak selamatkan diri sampai terbawa-bawa semangat hinggakan tak sedar dah sampai kemuncak Liga Perdana Inggeris. Musim ini semua Pasukan bawahan jadikan Leicester sebagai mercu tanda kebangkitan. Begitu jualah dengan lawan kita nanti Aston Villa yang nampak macam kian main baik sejak dua menjak ini. Kali terakhir mereka baham Norwich 3-0, yang pasukan kita berhempas pulas nak memang sampai ke hujung nyawa baru nak memang 5-4.

Pasukan kita yang tewas kepada West Ham dalam pusingan ke-4 Piala FA mungkin tak bernasib baik. Namun kembalinya pemain seperti Sturridge dam Coutinho macam pembelian baru bagi kita. Masa lawan WHU baru ini mungkin mereka masih berkarat, tapi apa yang pasti memang pasukan kita terlalu mengharap kreativiti dari Coutinho dan penyudah yang tajam dari Sturridge. Nak harap Benteke nak jaga diri sendiri pun tak mampu dan antara pemain yang memang menghampakan tambahan pula dia antara punca pasukan keluar awal pusingan Piala FA. Main takda konfiden depan gol satu-sama satu kantoi.

Mignolet
Clyne Toure Sakho Moreno
Emre  Hendo
Lallana Firmino Coutinho
Sturridge

Perlawanan Liverpool dengan pasukan lain tak kira pasukan corot atau pasukan kuat semuanya sukar perlawanan demi perlawanan. Ini bukan masalah pasukan lain kuat sangat tetapi membezakan kita dan mereka ialah semangat nak menang macam tiada lagi. Bukan itu sahaja pertahanan kita sendiri adalah macam musuh dalam selimut, kadangkala perlawanan yang boleh menang boleh jadi kalah, apatah lagi yang nampak 50-50. Apa yang kita harap dalam perlawanan dengan Villa, kena pastikan main dengan disiplin samada bertahan atau menyerang. Jangan gopoh nak menyerang sangat, dapat sebiji gol pun takpa janji tak bolos.




This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×