Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA: CRYSTAL PALACE LAWAN LIVERPOOL

Tags: juga sebab gomez
Main cantik pun tak guna jika hati tisu. Sebab tu minggu lepas Crystal Palace membantai Arsenal 3-0. Ngeri Juga dengan prestasi Palace bila hujung2 musim. Harap pemain kita cukup bersedia zahir batin kerana prestasi dan keputusan lawan Stoke dan WBA menunjukkan pemain jiwa kental hadapi lawan yang ganas. Kisah tragedi 13/14 gagal rebut Juara Liga juga sebab kempunan di Taman Selhurst. Takkan trauma tu kita dah lupa camna dari 3-0 didepan, habis perlawanan 3-3.

Mignolet
Clyne Gomez Lovren Milner
Emre Grujic Gigi
Firmino Coutinho
Origi

Krisis kecederaan satu lagi badi yang tak boleh elak bila pasukan tipis. Matip dan Klavan cedera ketika berlatih. Mungkin Gomez akan dipanggil untuk masuk dalam pasukan utama. Klopp dah bagi bayangan dalam temubual semalam dan Gomez umpama dapat peluang ke-2 yang perlu diambil sepenuhnya. Lucas juga tiada dalam latihan. Laluan juga cerah buat Grujic untuk main ditengah. Grujic mungkin ada kelebihan fizikal tapi pengalaman agak kurang. Stewart juga calon sesuai.

Takda Klavan dan Lucas takpa, namun bila Matip tak dapat main pecah peluh juga. Setakat ni nampak Lovren kian cemerlang bila Matip bersama. Dengan Klavan atau Lucas kelaut pertahanan kita jadi lauk. Gomez abam suka sebab dia ada potensi namun dia kurang pengalaman dan mental cepat koyak. Dia kena cekal sebab nak celen Benteke satu hal. Kena juga fokus sebab Palace punya pemain sayap macam Zaha dan Townsend laju cam pelesit. Harap Lovren tolong bantu adik Gomez jangan bagi dia gemuruh.

Minggu ni hanya 2 calon pesaing Liga Juara2 main. Selain kita, Menyu bakal lawan Burnley. Yang lain dok berebut Piala FA sesama sendiri. Nak harap Burnley tapau Setan mungkin kelam tapi kalau itu terjadi namanya peluang. Namun sendiri kena dapat 3 mata dulu kot. Abam tengok Menyu walaupun takda Pak Berahim akibat cedera adik Rashford plak menjadi. Tetapi mereka ada faktor kepenatan sebab baru main kat Eropah semalam. Harap jurulatih Burnley ambil nota dan bantai Menyu kaw-kaw.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA: CRYSTAL PALACE LAWAN LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×