Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA: WBA 0-1 LIVERPOOL


Memang dah jangka kalau lawan kat The Hawtorns, memang Perlawanan jadi bosan. Pulis adalah Pulis, pergi kelab mana pun dia dengan akidah bolasepak sekolah lama Inggeris. Main bengis dan bola tinggi adalah jati diri permainan beliau. Peminat WBA mungkin dah terbiasa dengan corak begitu tetapi bagi jemaah Liverpool, memang menyampah tengok takda nilai hiburan langsung mereka buat. Tetapi apa boleh buat itulah kunci kejayaan WBA. Kalau mereka tak main cenggitu takkan boleh berada ditangga ke-8 sekarang.

Bagi Klopp dia dah bersedia dengan taktik Pulis. Mungkin tak main dengan 5 pertahanan, tapi olahan kearah itu bila Lucas diberi peranan Libero atau bahasa teknikal Sweeper. Lucas boleh jadi pemain pertahanan ketiga, tetapi dalam modus menyerang dia akan naik keatas bantu Gigi dan Emre. Sebab itulah perlawanan camni peranan pemain macam Lucas amat penting. Musim depan kalau betul Lucas blah kita wajib naik taraf posisi Libero ini, khas untuk plan B yakni perlawanan rabgi atas padang bola.

Sepanjang perlawanan WBA main akal. Bertahan, bertahan dan bertahan dan sesekali serang. Cuma apa yang mereka tunggu ialah perangkap mereka mengena. Jerat yang dimaksudkan ialah cari bola sudut , sepakan percuma dan lontaran jauh untuk baham kita. Setiap kali mereka dapat peluang camtu, abam jadi cemas, sebab memori silam menghantui minda. Takut-takut pertahanan buat perangai itu sahaja. Namun lega, lepas tu cemas, lega balik, dan cemas balik, itulah perasaan bila WBA dapat peluang. Hare betul kan.

Senjata makan tuan. Akibat dok nak cari silap lawan, rupanya itulah kelemahan diri sendiri. Saya pasti latihan bertahan dari setpis rupanya membawa kebaikan untuk pasukan. Kiranya macam serampang dua mata, tikam satu kali dapat dua ikan. Bila pertahanan berlatih bertahan, maka pemain penyerang kita mesti berlatih untuk menyerang bola setpis kan, jadi latihan tersebut berjaya diadaptasikan dalam perlawanan oleh Firmino. Hasil sepakan percuma, Lucas menanduk kebelakang dan Firmino menyambar bola mengatasi bek WBA. Liverpool mendahului dari gerakan yang tak disangka.

Separuh pertama berlalu dengan Liverpool didepan 1-0. Separuh kedua bermula dengan WBA nampak lebih nak menyerang tapi masih takut-takut. Liverpool masih dengan mod menyerang, tetapi sayang beberapa percubaan terkantoi terutamanya sepakan voli Milner. Namun kecemerlangan Mignolet banyak membantu. WBA hampir dapat gol tetapi sepakan Philips ditepis Mignolet dengan selamba. Namun dekat saat akhir perlawanan semasa Goli WBA buat gila naik atas, Liverpool dapat peluang serangan hendap. Tetapi Moreno buat terre cuba nak tembak dari jauh padahal dalam situasi tu Sturridge nampak dalam kedudukan terbaik untuk jaraingkan gol. Kalau WBA dapat penyamaan , Moreno akan kena hantam gila-gila kot.

Walaupun perlawanan takda hiburan bagai, pemain kita bekerja keras untuk tidak bolos dan dapatkan gol. Itu dah kira terbaik yang kita mampu. Sepatutnya beberapa perlawanan yang kita seri atau kalah dihujung perlawanan sebelum ni, permainan camnilah yang kita perlu amalkan. Ini tak makin nak habis makin malas, padahal lawan ketika itu macam singa yang luka parah, bertarung hidup dan mati dan mereka main seganas mungkin. Apapun keputusan dengan WBA melonjak kembali Liverpool ke tangga ke-3. Tapi kekalahan Chelsea kepada Menyu berita tak enak didengar sebab mereka masih ada peluang nak cilok kita ke slot Liga Juara-Juara.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA: WBA 0-1 LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×