Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIVERPOOL 1-1 SOUTHAMPTON


Bila masuk rumah baru, duit gaji jauh lagi, kena guna perabot-perabot buruk tinggalan penyewa lama. Memang rasa nak buang dan terajang bagi relai Tapi tuan rumah kat pakai dulu, kot-kot ada yang nampak buruk tapi boleh dikilatkan dan boleh pakai lama. Itulah metafora keadaan Kloop dengan skuad tinggalan Brendan Rodgers. Kena cari dan olah pemain sedia ada dan bersabar hingga pintu perpindahan dibuka Januari ini.

Ambil perhatian tentang sejarah diri Klopp semasa musim pertama di Dortmund. Hampir 14 perlawanan berkesudahan seri. Klopp bukan macam Harry Porter, ada tongkat ajaib tunjuk sekali, apa nak boleh berubah sekelip mata. Dia dah masak dengan cara nak tangani kelab pra-sejarah macam Liverpool. Macam tak biasa Dortmund juga ada persamaan, kelab pemenang Liga Juara-Juara 1997 lepas tu lingkup habis dan dibangunkan pada era Kloppomania.

Carragher dan Souness jadi pengacara di Skysport. Sori saya layan versi UK, mana layan Astro punya. Carragher punya loghat haram tak faham sangat tapi rasa dia banyak kritik pasukan punya permainan masa separuh pertama. Nak harap Origi nak beraksi macam Sturridge jangan haraplah sebab kita tahu Origi mungkin sekadar jelmaan Ngog. Tapi fakta Souness lebih jelas dan ikhlas sebab dia nampak bagaimana Klopps terpaksa telan legasi tinggalan Brendan, seperti dia buat dulu kat Roy Evans awal 90an.

Secara jujur, Klopp menyatakan bolasepak bukan cerita dongeng si pari-pari. Pasukan bekerja keras seperti dalam latihan, mungkin segalanya sempurna, namun keputusan tak berikan apa yang dikehendaki. Apa yang Liverpool perlukan atas padang bukan penguasaan bola, tetapi perancangan bila bola dikaki. Saya nampak bukan moral pemain yang kena perbaiki, tetapi keperluan memperbaiki membuat keputusan. Pemain macam Emre dan Moreno paling nampak belum matang dari segi itu sebab masih mencari pengalaman.

Jaringan Benteke memang tak perlu gerakan banyak, hanya hantaran tinggi kearah kawasan tengah kotak yang mana ada sasaran dan boom Benteke sambut dengan tandukan padu melepasi penjaga gawang Soton. Namun saya hairan juga mulanya, masa Origi main satu haram pun hantaran lintang samada dari Clyne atau Moreno nak cari Origi. Salah satu punca kerana Origi bukan jenis pandai cari kedudukan nak bagi kawan nampak bola cari kepala. Lagipun Origi bab menanduk memang tak ada bakat kot.

Dalam rakan-rakan dok meraikan kemenangan, saya bagitahu yang tunggu saja serangan si Sotong untuk cari gol penyamaan. Masin mulut, tak sampai 5 minit lepas gol Benteke, kesilapan Milner dari hero kepada badut, menghadiahkan sepakan percuma dari kawasan kanan. Apa pun yang berlaku adalah kombinasi dari keletihan dan kealpaan pemain untuk menjaga kawasan sebelah kanan. Sepakan percuma pemain Sotong, hala kearah kiri kotak penalti Liverpool  dan Fonte menanduk kearah berlawanan dan tetiba Mane yang tak dikawal meluru untuk menghadiahkan Sotong gol penyamaan.

Derita juga bila dah hampir nak dapat kemenangan sulung tapi dirampas oleh Sotong durjana untuk kongsi mata. Tapi bila kita rasa kecewa, jangan lupa ada lagi orang yang lebih kecewa dari kita. Jangan buat tak tahu pasukan mana, alah pasukan yang punyai pengurus terlampau Spesel tu. Jadi penutup kita harap sekalian peminat jangan komplen banyak tentang situasi Klopp. Dia perlukan masa dan peminat harus dibelakang beliau untuk beri sokongan. Cuma mungkin ramai tak sabar nak tunggu Januari.





This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIVERPOOL 1-1 SOUTHAMPTON

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×