Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Panduan Bisnes Burger Berjaya

Bisnes Burger kecil-kecilan lazimnya menjadi pilihan mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kerana bisnes ini memerlukan modal yang rendah untuk beroperasi dan lokasi strategik yang mampu menjana pelanggan. Namun kerana itu juga-lah, persaingan dalam perniagaan ini amat sengit. Bukan sahaja persaingan di antara peniaga kecil yang lain tetapi juga daripada peniaga besar seperti McDonald, Burger King dan Burger Otai. Jika anda tidak mempunyai pengalaman dan masih 'try and error', maka kemungkinan perniagaan anda tidak akan bertahan lama adalah tinggi.


Melihat pada permasalahan itu, saudara Afiq Dato' Rusly telah melancarkan ebooknya iaitu Panduan Jana 5 Angka Sebulan Dengan Bisnes Burger. Ebook bernilai RM60 ini ditulis bukan sahaja kepada anda yang baru berminat untuk menceburi dalam bisnes burger bahkan juga kepada peniaga burger sedia ada yang memerlukan bantu PAKAR bagi menjadikan perniagaan mereka berjaya.

Siapa Afiq Dato' Rusly?

Nama sebenar beliau adalah Md Fadzirul Afiq bin Dato’ Rusly. Beliau merupakan anak kepada Dato’ Hj. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li yang merupakan penulis buku 'Bestseller' - Jutawan Senyap. Mempunyai kelulusan dalam Diploma Seni Kulinari serta Ijazah dalam bidang Gastronomy, beliau telah berjaya melatih hampir 15,000 orang usahawan makanan melalui Kursus Masakan dan Memproses Makanan Chef Li.

Kini, beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan usahawan terutama usahawan muda untuk memulakan perniagaan dan turut mengorak langkah dengan memperkenalkan Teknik Masakan Komersil iaitu teknik masakan khusus untuk perniagaan.

Mengapa ebook Bisnes Burger?

Ebook ini ditulis oleh seorang yang PAKAR dalam industri makanan komersial, ditujukan khusus kepada anda yang baru ingin bermula atau telah pun memulakan perniagaan menjual burger berdasarkan konsep stall di tepian jalan. Selain itu, ebook ini juga:
  • Satu ‘Blueprint’ bagaimana anda mampu mencapai matlamat sasaran jualan 5 angka sebulan dengan bisnes burger walaupun di jalanan!
  • Aspek yang dikupas dalam ebook ini meliputi produk, pemasaran, pengurusan, operasi serta khidmat pelanggan untuk bisnes burger yang mampu berkembang dan berdaya maju
  • Amat sesuai untuk anda yang merupakan Usahawan Makanan Sepenuh-Masa ataupun mereka yang tercari-cari peluang menjana pendapatan tambahan disamping kerja Sepenuh-Masa mereka
Tidak cukup dengan itu, ebook Panduan Jana 5 Angka Sebulan Dengan Bisnes Burger juga membongkar beberapa persoalan dan permasalahan yang lazim berlaku dalam bisnes burger sehingga mampu mengugat prestasi perniagaan anda. Terdapat 23 pembongkaran yang merangkumi pelbagai aspek seperti produk, pemasaran, pengurusan, operasi serta khidmat pelanggan, antaranya adalah:


Apa ebook ini boleh lakukan kepada anda?

Ebook 'Panduan Jana 5 Angka Sebulan Dengan Bisnes Burger' adalah panduan mengenai bisnes burger paling lengkap buat masa ini dan ditulis oleh seorang yang PAKAR. Anda tidak perlu lagi berteka-teki atau 'try and error' sehinggakan perniagaan burger anda perlu menanggung kerugian di atas kesilapan yang anda sendiri lakukan akibat daripada kurang pengalaman.

Selain itu, e-book ini juga dapat membantu anda, peniaga burger sedia ada untuk menjadikan perniagaan anda berprestasi tinggi dengan pelbagai pendedahan dan kongsian ilmu dan tip mengenai aspek produk, pemasaran, pengurusan dan khidmat pelanggan.

Hasilnya, anda akan miliki perniagaan burger yang berdaya saing dan anda kini selangkah ke hadapan dalam membina empayar bisnes burger anda sendiri.

Bagaimana untuk miliki ebook 'Bisnes Burger' ini?

Harga ebook ini adalah RM60 sahaja. Jumlah yang sangat kecil jika diukur pada ilmu yang akan anda pelajari dan keuntungan yang bakal anda perolehi bertahun-tahun lamanya, hasil daripda ilmu tersebut. Ternyata! Ini adalah pelaburan terbaik yang mungkin pernah anda laburkan.

Jika anda sudah bersedia, klik pautan dibawah untuk membuat pembelian.

Dapatkan Ebook 'Panduan Jana 5 Angka Sebulan Dengan Bisnes Burger'

P/S 1: Melalui pautan ini anda akan baca testimoni sebenar daripada pemilik bisnes burger
P/S 2: Melalui pautan ini juga anda akan perolehi 2 bonus bernilai RM114 dengan PERCUMA apabila membeli ebook bernilai RM60.


This post first appeared on SeriusBlogger, please read the originial post: here

Share the post

Panduan Bisnes Burger Berjaya

×

Subscribe to Seriusblogger

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×