Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Setelah Puas Didesak, Akhirnya Mukhriz Letak Jawatan


ALOR SETAR - Setelah Puas Didesak oleh ADUN BN Kedah untuk berundur, akhirnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengambil keputusan untuk meletak jawatan Sebagai Menteri Besar Kedah.

Pengumuman itu dibuat menerusi Sidang Media yang diadakan di Wisma Darul Aman pada jam 10 pagi tadi.

"Saya dimaklumkan bahawa saya telah kehilangan sokongan ADUN Kedah setelah pertemuan dengan Jemaah Istana. Saya akan melepaskan jawatan saya sebagai Menteri Besar mulai hari ini.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pentadbiran negeri Kedah sewaktu saya mentadbir," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Mukhriz turut mengesahkan bahawa Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah dipilih menjadi Menteri Besar Kedah yang baru.

"Saya harap beliau tidak lena (tidur) ketika angkat sumpah esok," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM


from The Hype Media http://ift.tt/1QbecgF


This post first appeared on My Laksa, please read the originial post: here

Share the post

Setelah Puas Didesak, Akhirnya Mukhriz Letak Jawatan

×

Subscribe to My Laksa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×