Saya amat bertuah dapat tinggal di Malaysia dan berbangga memanggilnya kampung halaman saya. Malaysia membolehkan saya untuk menjadi diri saya, meneruskan minat saya dan bertemu dengan insan-insan yang baik. Bertahun yang dahulu, salah seorang guru dan pelindung saya, Kyabje Lati Rinpoche dari biara Gaden Shartse, meminta untuk saya berada di sini. Pada waktu itu saya tidak memahami kenapa, tapi saya kini sudah mengerti. Saya bersyukur telah dihantar untuk tinggal di Negara yang penuh dengan macam-macam peluang, dapat bersama dengan rakan-rakan yang baik hati dengan persekitaran yang bagus. Saya sangat menghargai kepelbagaian dan kekayaan kebudayaan yang ada di Malaysia. Sebagai contoh perayaan Hari Wesak. Hari ini disambut di seluruh dunia, tetapi di Malaysia, hari ini juga merupakan hari cuti umum. Perayaan Hari Wesak, juga dieja Vesak, merupakan hari untuk penganut Buddha menyambut tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha Shakyamuni yang bersejarah, iaitu hari keputeraannya, pencerahan agung sewaktu umurnya 35 tahun dan kemangkatannya di umur 80 tahun. Fahaman Buddha itu sendiri boleh dikelaskan sebagai sebuah falsafah dan agama. Sebagai sebuah falsafah, ia mengajar kita cara menjalani kehidupan seharian dan sebagai sebuah agama ia mengajar kita untuk menghapuskan penderitaan dan mencapai matlamat untuk menjadi seorang Buddha. Adalah tidak mustahil untuk menghapuskan penderitaan dari […]