Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Unique Of Islam | Tafsir Mimpi Ibnu Sirin | Mimpi bacaan Al-Quran | Mimpi Surah Al-Quran

Takwil surah-surah Al-Quran. 


Hisyam bin Qatadah menghabarkan cerita yg didengarnya dan Hasan bahawa ada org yg mati kemudian : 
"Wahai saudaraku , amal apa yg paling afdal yg kamu jumpai?" 
saudaranya yg sudah mati itu menjawab: "Amalan membaca Quran."
Dia tanya lagi: "Ayat apa?" 
saudaranya itu menjawab: "Ayat al-kursiy ." 
Dia tanya lagi :"Apakah itu dapat membantu manusia ?" 
Saudara nya yg sudah mati itu menjawab: "Ya, kamu akan mengetahuinya. Kami mengetahuinya tetapi kami tidak dapat beramal lagi." 


Dalam Quran ada 114 surah. setiap surah mempunyai takwil tertentu.Maksudnya bermimpi membaca surah ini takwilnya begini,membaca surah ini takwilnya begini dan seterusnya .Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah scara tertib.
AL-Fatihah : Dibuka baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan. 
AL-Baqarah : Panjang umurnya dan baik agamanya. 
AL-Imran : Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak -pihak yang batil. 
AL-Nisa :Menjadi pembagi-bagi harta warisan,mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang. 
AL-Ma'idah : Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya. 
AL-An"am :Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah. 
AL-A'raf :Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisan. 
AL-Anfal : Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah. 
AL-Taubah : Hidup terpiji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat. 
Yunus :Bagus ibadahnya dan aman daripada tipu serta ilmu sihir. 
Hud : Berhasil tanam -tanamannya dan berkembang binatang ternaknya. 
Yusuf : Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi meranyau dan berhasil diperantauan. 
AL-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban.Bagus agama dan urusannya disisi Allah. 
AL-Hijr : Terpuji di sisi ALLAH S.W.T dan disisi manusia . 
AL-Nahl : Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh. 
Bani Israil : Mulia disisi ALLAH S.W.T. dan menang melawan musuh-musuhnya. 
AL -Kahfi : Tercapai cita -citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.
Maryam : Menghidupkan sunah para nabi , dituduh dan di hinakan tetapi akhirnya terbukti kesuciannya. 
Taha : Kebal dari khianat tukang-tukang sihir. 
AL-anbiya : Mendapat kemudahan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusuk. 
AL-Haj : Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-ALLAH. 
AL-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman. 
An-Nur : ALLAH S.W.T menerangi hati dan kuburnya. 
AL-Furqan : Menjadi pemisah antara yang hak dan batil. 
As-Syu'ara : ALLAH S.W.T melindunginya dari kejahatan. 
An -Naml : Diberikan kerajaan atau kekuasaan. 
AL-Qasas : Diberikan perbendaharaan yang halal. 
AL-Ankabut : Dia dalam penjagaan ALLAH S.W.T. sehingga mati nya. 
Ar-Rum : ALLAH S.W.T memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin dan ramai umat yang mendapat pertunjuk ditangannya. 
Luqman : Diberikan hikmah. 
As-Sajdah : Mati diatas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi ALLAH S.W.T . 
AL-Ahzab : Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran. 
Saba' :Zuhud didunia dan suka beruzlah ( mengasingkan diri masyarakat yang banyak mengerjakan dosa ).
 Fatir : ALLAH S.W.T membukakan pintu -pintu nikmat kepadanya. 
Yasin : Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah S.A.W. 
As-Saffat : Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan. 
Sadd  : andai bertukang dan banyak hartanya. 
AL-Zumar : Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya. 
AL-Mukmin : Diangkat darjatnya didunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya. 
Hamim As-Sajdah : Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya. 
Hamim Ain sin Qaf : Panjang umurnya. 
AL-Zukhruf : Jujur dalam percakapannya. 
AL-Dhukan : Diberikan kekayaan. 
AL-jasiah : Menjadi khusuk dan takut kepada ALLAH S.A.W. 
AL-Ahqaf : Melihat perkara-perkara ajaib didunia. 
Muhammad : Menjadi baik sirah ( perjalanan hidupnya ). 
AL-Fath : Diberi taufik untuk berjihat . 
AL-Hujurat : ALLAH S.W.T merahmatinya. 
Qaf : Dimurahkan rezekinya. 
AL-Zariat : Menjadi tanam-tanamannya. 
AL-Tur : Bererti dia sudah dekat dengan Makkah AL-Mukarramah. 
An-Najm : Mendapat anak yang cantik dan terpandang. 
AL-Qamar : Kebal daripada ilmu-ilmu sihir. 
Ar-Rahman : Mendapat nikmat didunia dan mendapat rahmat di akhirat. 
AL-Waqi'ah : Bersegera kepada taat. 
AL-Hadid : Sihat badan dan dipuji org. 
AL-Mujadalah : Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas. 
AL-Hasyar : Dia mengancurkan musuh-musuhnya. 
AL-Mumtahanah : Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran. 
As-Saff : Ingin mati syahid. 
AL-Jum'at : Allah S.W.T mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya. 
AL-Munafiqun : Lepas daripada kemunafikan. 
AL-Taghabun : Tetap diatas petunjuk. 
At-Talaq : Terjadinya pertengkaran antara suami isteri dan terkadang sampai kepada perceraian. 
AL-Mulk : Besar kerajaannya. 
Nun al-Qalam : Diberi kefasihan dan pandai menulis. 
AL-Haqqah : Dia berdiri diatas yang hak. 
AL-Ma'arij : Berada dalam keadaan aman dan ditolong. 
Nuh : Menjadi penteru kepada kebaikan dan pencegah dari yg mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya. 
AL-Jin : Terpelihara dari gangguan syaitan. 
AL-Muzammil : Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud. 
AL-Mudassir : Baiklah tidurnya dan dia menjadi org sabar. 
AL-Qiyamah : Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya. 
AL-Insan : Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya. 
AL-Mursalat : Diluaskan rezekinya. 
'Amma Yatussalun : Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya. 
An-Nazi"at : Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya. 
'Abasa : Dia memberikan zakat dan sedekah. 
AL-Takwir : Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan. 
AL-Infitar : Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya. 
AL-Mutaffiffin : ALLAH S.W.T memberikan sifat amanah kepadanya ,sifat adil dan menyempurnakan janji. 
AL-Insyiqaq : Ramai anak dan keturunannya. 
AL-Buruj : Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum. 
At-Tariq : Diberi taufik untuk banyak bertasbih. 
AL-A'la : Mudah segala urusannya. 
AL-Ghasiyah : Naik pangkat atau martabatnya. 
AL-Fajr : Diberi pakaian yang cantik-cantik. 
AL-Balad : Allah S.W,T . memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka memberi makan kepada org lain,memuliakan anak yatim dan menyayangi org-org daif. 
As-Syams : Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman. 
AL-Lail : Di beri taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya. 
Ad-Dhuha : Dia memuliakan org -org miskin dan anak yatim. 
AL-Alaq : Dijadikan menjadi org yg tawaduk, fasih dan cantik tulisannya. 
Al-Qadar : Panjang umur serta tinggi martabatnya. 
AL-Bayyinah : Dengan izin ALLAH , mendapat pertunjuk ditangannya kaum yg zalim. 
AL-Zalzalah : ALLAH mengoncangkan dengannya tumis org-org kafir. 
AL-'Adiyat : Mendapat kuda. 
AL-Qariah : Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadat. 
At-Takasur : Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta. 
AL-takasur : Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta. 
AL-Asr : Dijadikan org yg sabar dan mentaati kebenaran dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yg banyak. 
AL-Humazah : Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan. 
AL-Fil : Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya. 
AL-Quraisy : Dia memberi makan org-org miskin dan terjadi hubungan erat diantaranya dan hamba ALLAH yang lain. 
AL-Ma'un : Berjaya mengalahkan org-org yang menentangnya. 
AL-Kausar : Banyak kebaikannya di dua negeri. 
AL-Kafirin : Diberi taufik untuk menentang org-org kafir. 
An-Nasr : ALLAH S.W.T menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. 
Bermimpi membaca surah AL-Nasr juga menandakan dekatnya ajal org yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah S.A.W. akan dekatnya ajalnya. Menurut riwayat ada seorang lelaki yang mendatangi Ibnu sirin dan berkata: " Saya bermimpi seoleh-oleh saya membaca surah al- Nashr." Ibunu sirin berkata: "segeralah berwasiat kerana ajalmu sudah dekat." Lelaki itu berkata lagi : "Mengapa ? "Ibnu sirin berkata "sebab, itu lah surah yang terakhir diturunkan dari langit."
AL-Lahab : Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh ALLAH S.W.T . 
AL-Ikhlas : Mendapat kesenangan , mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sedikit keluarganya, tetapi senang hidupnya.Ada yg mengatakan bermimpi membaca surah ini menunjukkan dekatnya ajalnya. Menurut riwayat, ada sebahagian org-org salih yang bermimpi melihat surah AL-Ikhlas tertulis diantara dua matanya,kemudian dia ceritakan kepada sa'id bin Musayyah .Beliau berkata : "Jika mimpimu itu benar, bererti sudah dekat ajalmu." Tidak lama kemudian apa yang dia katakan itu menjadi kenyantaan. 
AL-Falaq : ALLAH S.W.T memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin , daripada gangguan binatang dan dengki manusia. 
AL-Nas : Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya. Abu Sa'id berkata : "Orang yang mentakwil mimpi itu hendaklah memperhatikan maksud ayat yang dilihat dalam mimpi itu .Jika orang yang bermimpi itu melihat membaca surah atau ayat-ayat rahmat,bererti dia akan mendapat rahmat ,nikmat ,keamanan dan kebahagiaan.Kalau dia melihat membaca ayat-ayat azab bererti merupakan teguran terhadap perbuatan-perbuatan maksiat yg biasa dilakukannya atau sudah akan melakukannya.


Tag : Tafsir Mimpi Menurut Islam,Tafsir Mimpi Dalam Islam, Tafsir Mimpi Ibnu Sirin, Tafsir Mimpi


This post first appeared on Unique Of Islam, please read the originial post: here

Share the post

Unique Of Islam | Tafsir Mimpi Ibnu Sirin | Mimpi bacaan Al-Quran | Mimpi Surah Al-Quran

×

Subscribe to Unique Of Islam

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×