Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Adakah blog masih relevan pada masa kini? -Tinta Ruhum

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t



Apa khabar para pembaca, terima kasih kerana sudi membaca komentar ini. 

Adakah blog masih relevan pada masa kini? Sebenarnya perkara ini merupakan pertanyaan dari seorang member ketika penulis memperkenalkan blog padanya. Tiba-tiba dia cakap , " ada lagi orang main blog ek, aku ingat dah pupus main blog ni". Jadi penulis pun tanya balik " kenapa ko rasa blog dah tak relevan?" Jadi ini antara pandangan beliau:

  1. Blog hanya untuk gosip dan politik
  2. Sekarang zaman facebook dan Instagram
  3. Orang jarang nak buka blog
Jadi penulis pun hadam baik-baik apa yang dikatakan member tadi. Bila korang dengar pandangan beliau ada benarnya kerana permasalahan blog yang penulis lihat sendiri kebanyakkannya ( bukan semua ) sangat tertumpu kepada gosip artis dan politik. Artis dan politik adalah dua perkara yang menjadi carian utama penduduk di Malaysia sebenarnya. Setiap hari mesti ada berita yang baru dan hal yang baru dibuat oleh insan yang berada dalam dua kerjaya ini. Mungkin disebabkan concern masyarakat begitu tinggi terhadap perkara ini menyebabkan blog kebanyakkannya tertumpu kepada hal ini. Mungkin perlu dikaji dengan lebih meluas.

Selain itu, zaman sekarang memang zaman Facebook Dan Instagram, memang diakui dua platform maya ni jika server down memang meroyan la anak bangsa. hahaha. Di zaman semuanya ada FB dan Instagram menyebabkan blog ni dah tenggelam dek kerana keduanya mendominasi hati dan pandangan masyarakat. Perkongsian kat kedua laman ni pun dah menceritakan segalanya cuma tidak diubah menjadi tulisan je. Terima kasih juga kepada blog kerana menterjemahkan semuanya ke dalam tulisan walaupun belum tentu benar atau tidak (nama pun gosip/ andaian/ boleh dikatakan fitnah? tepuk dada tanya iman)

Pandangan terakhirnya, orang Jarang Nak Buka blog. Satu situasi menyedihkan kerana perkara ni menunjukkan bahawa rakyat dan masyarakat dah makin malas membaca. So Sad.

Tapi, 

Penulis ada tidak bersetuju dengan penyataan beliau walaupun tidak dijawab dengan sangkalan secara bersemuka kerana memang jenis penulis tidak suka berdebat perkara yang remeh. Harap dia baca artikel ini.  Penulis berpandangan bahawa blog ini masih relevan cuma mungkin apa yang perlu diubah adalah budaya blogger itu sendiri untuk tidak menjamu masyarakat terlalu banyak informasi yang berkaitan dua keadaan yang seperti di atas. Banyakkan membaca perkara yang memecahkan minda dan kepala akal anda untuk menambah pengetahuan.

Penulis sendiri melihat dan membaca beberapa blog yang dikira bagus dalam mencambahkan pengetahuan antaranya The Patriot sebagai permulaan. Yang lain kenalah cari sendiri. Semua nak suap. he3. Walaupun Facebook dan Instagram mendominasi tetapi penulis melihat blog masih relevan kerana apabila sesuatu peristiwa diterjemahkan dalam tulisan, ia bermakna penulisan itu merupakan usaha penulis blog tersebut untuk membaca, mengkaji dan menulis suatu makalah atau sumber bahan untuk pembaca. 

Kesimpulannya, perkara ini atas masing-masing untuk memilih jika anda suka tengok gambar pergilah kepada Instagram dan lihat sampai puas dan jika anda sukakan tulisan lawatilah blog kerana disitu tersedia kepada anda artikel yang bagus sekiranya anda merupakan jasad yang rajin membaca. 

-Pandangan ini hanya dari zat, jasad, akal, roh penulis-

Ikhlas,
Ruhum.



This post first appeared on Tinta Ruhum, please read the originial post: here

Share the post

Adakah blog masih relevan pada masa kini? -Tinta Ruhum

×

Subscribe to Tinta Ruhum

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×