Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Membaca tanpa bimbingan guru, adakah dilarang? - Tinta Ruhum

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t



Membaca tanpa Guru, adakah Islam melarangnya merupakan tajuk komentar pada kali ini. Pemikiran ini sering menghantui masyarakat sebenarnya apabila sentiasa dimomokan dengan perkataan " Belajar tanpa guru ibarat belajar dengan Syaitan". Penulis juga tidak kurang menerima peringatan ini dari sahabat-sahabat yang dikasihi ketika belajar dahulu apabila penulis membaca sesuatu buku tanpa bimbingan. 

Persoalannya, adakah benar setiap buku memerlukan guru? Jawapannya ya dan tidak.

Untuk membaca dan mengetahui tentang agama Islam, ya memang tidak dinafikan anda Perlu berguru. Logiknya, belajar agama merupakan proses menerapkan kepercayaan ke dalam tiga komponen utama iaitu keimanan, perlakuan dan percakapan. Keimanan memerlukan bimbingan kerana  kita mempelajari sesuatu yang tidak nampak dan ia perlu disertai dengan tunjuk ajar yang sebenar. Keimanan yang sebenar akan menghadirkan perlakuan dan percakapan yang sebenar. Perkara ini anda boleh lihat sendiri kerana keupayaan kita sebagai manusia adalah terbatas. Contohnya, anda belajar tentang  Al-Quran yang didalamnya mengandungi dua keadaan iaitu tersurat dan tersirat. Tersirat bukan bermakna ia tersorok tetapi disebabkan Al-Quran ini mempunyai gaya bahasa dan makna yang tinggi maka kita memerlukan ilmu alat, iaitu ilmu-ilmu utama untuk memahami lenggok (jika boleh digunakan istilah ini) Al-Quran itu sendiri. Persoalannya, bagaimana kita mahu memahami setiap ayat ini? jawapannya satu, dengan bimbingan guru. Tidak kira bagaimana keadaan sekalipun apabila sesuatu ilmu itu berkaitan dengan keagamaan maka perlu adanya guru kerana guru itu juga melalui proses yang sama untuk mengetahui akan ilmu tersebut mulanya. Bimbang jika tiada bimbingan kita akan tersesat dari jalan-Nya. Jika kita tersesat siapa yang akan rugi, kita sendiri. Bahkan, agama-agama yang lain selain Islam juga menitikberatkan tentang pembelajaran secara berguru. 

Dimanakah jawapan untuk mewakili ungkapan tidak, apabila anda membaca selainnya. Ia perlu juga bimbingan tetapi tidak diwajibkan kerana ia tidak melibatkan satu kepercayaan tetapi hanya untuk kelangsungan pemahaman dalam suatu bidang. Contohnya anda belajar matematik, jika tanpa bimbingan guru anda tetap boleh tahu 1+1=2, sekiranya anda jawab 3 sekalipun ianya tidak besar kerana tidak melibatkan 3 komponen didalam jasad kita cuma jika kita inginkan kebenaran maka perlu mencari guru, nah masih juga perlu berguru didalam ilmu di luar keagamaan sekalipun.

Kesimpulannya, baca selagi boleh baca tetapi diri anda sendiri perlu koreksi niat. Tanya kembali diri, aku membaca untuk apa? Jika Bacaan Itu untuk amalan maka tentu sekali anda kena berguru, namun jika bacaan itu untuk menambah pengetahuan maka ianya terpulang pada anda. Namun, anda perlu berhati-hati jika berlaku ketidak fahaman maka cari orang yang lebih tahu dan teruskan mencari sehingga anda jumpa jalan yang sebenar. 

-Pandangan ini hanya dari zat, jasad, akal, roh penulis-

Ikhlas,

Ruhum.


This post first appeared on Tinta Ruhum, please read the originial post: here

Share the post

Membaca tanpa bimbingan guru, adakah dilarang? - Tinta Ruhum

×

Subscribe to Tinta Ruhum

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×