Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jilbab: Hak, Maruah dan Agama-Tinta Ruhum

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t




Alhamdulillah masih diberikan nafas dan nikmat agama. Komentar ini bertitik tolak dari artikel Berita Harian yang bertajuk " 13 hotel larang pekerja bertudung" bertarikh 28 Januri 2018.

Jilbab adalah kain atau alat yang diwajibkan kepada wanita yang beriman untuk menutup bahagian atas kepala sehinggalah melepasi bawah dada. Menurut Kamus Dewan (Edisi 4), jilbab bermaksud pakaian longgar (termasuk tudung ) yg memenuhi keperluan menutup aurat wanita, selain muka dan tapak tangan. Ukuran Jilbab kebiasaanya yang ada di Malaysia dalam inci yang dikategorikan dalam bidang 60,55 dan 50. Selebihnya tidak menepati ciri yang ditetapkan dalam pemakaian jilbab. Kesesuaiannya pula berdasarkan pemakai itu sendiri mengikut ukuran tertentu.

Dalam Islam, pemakaian jilbab telah disyariatkan dengan jelas dan kita juga diberitahu dengan hukuman-hukuman yang akan menimpa sekiranya kita tidak mematuhinya. Firman Allah S.W.T:


Maksudnya:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( Surah Al-Ahzab: 33: 59 )


Maksudnya:
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
( Surah Al-A'raf: 7: 26 )


Maksudnya:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
( Surah An-Nur: 24: 31)

Diingatkan sekiranya didalam dalil terdapat perkataan " wahai orang-orang beriman" atau " perempuan beriman" sangat jelas sekiranya ditinggalkan akan menjadi fasiq (berdosa besar). Pemakaian Jilbab Ini bukan sahaja disyariatkan malah diberitahu secara terperinci golongan yang dibenarkan melihat anggota tubuh yang digelarkan sebagai aurat. Mutakhir ini, soal pemakaian jilbab bukan lagi satu masalah besar pada masyarakat. Malah, ada perjuangan-perjuangan dari golongan tertentu yang dibuat khas bagi memprotes syariat ini. Semuanya dibuat atas dasar kesamarataan yang digelar sebagai "Hak Wanita".

Selain agama Islam, syariat pemakaian jilbab ini telah ada didalam agama yang lain seperti agama kristian. Kita sedia maklum bahawa agama ini merupakan agama yang didakwa dibawa dari "agama" kristian yang sebenar. Sekiranya diamati kitab Mereka, begitu banyak syariat jilbab dan menutup aurat yang dibentangkan kepada mereka. Namun, adat manusia yang tidak mahu agama tetap tidak akan mengikutinya. Didalam Bible ada disebutkan:

" Jika seorang wanita tidak menudung kepala ketika berdoa atau menyampaikan pekhabaran dari Tuhan di hadapan orang ramai, dia memalukan suaminya, wanita itu seperti wanita yang kepalanya dicukur, Jika seorang wanita tidak mahu menudung kepalanya, lebih baik dia menggunting rambut. Tetapi amat memalukan jika seorang wanita dicukur kepalanya ataupun digunting rambutnya. Oleh itu, lebih baik dia menudung kepalanya"

( Bible New Statement: Kitab 1 Korintus: Bab 11, ayat 5-6)

" Baiklah kamu pertimbangkan sendiri, patutkah seorang wanita berdoa kepada Allah di hadapan orang ramai dengan tidak menudung kepala? "

( Bible New Statement: Kitab 1 Korintus: Bab 11, ayat 13)

" Pada suatau petang, dia ( Ishak) keluar dari khemahnya untuk bersiar-siar di padang, lalu dia nampak unta-unta datang, Apabila Ribka nampak Ishak maka dia turun dari untanya, lalu bertanya kepada hamba Abraham "Siapakah lelaki lelaki di padang itu yang datang ke arah kita?". "Dia tuan saya", jawab hamba itu. Oleh itu, Ribka mengambil selendangnya dan menutupi mukanya"

( Bible Old Statement: Kitab Kejadian: Bab 25, ayat 62-65)

Sebenarnya kita boleh melihat bagaimana setiap agama sangat mementingkan syariat jilbab bagi wanita mereka. Ini tidak mustahil kerana setiap agama memahami keadaan naluri, nafsu bagi setiap manusia. Malah, setiap agama mengakui perbezaan jantina, hak dan perkara yang bersesuaian dengan kejadian mereka. Bahkan didalam agama hindu juga ada disebut tentang Jilbab:

"Cast down thine eyes and look not up. More closely set thy feet. Let none. See what thy garment veils, for thou, a Brahman, hast become a dame."

( Kitab RigVeda : Buku 8: Bab 33: Ayat 19)

Pemakaian jilbab sebenarnya bukanlah satu penyeksaan kepada wanita bahkan ia menjadi penunjuk kepada ketinggian akhlak dan maruah wanita itu sendiri. Jika bukan bertujuan menjaga hak wanita sendiri, bagaimana syariat ini boleh berada dalam kitab-kitab yang dikatakan lebih lama usianya dari agama Islam. Terdapat banyak lagi dalil yang boleh diutarakan didalam bab pemakaian jilbab ini seperti dari agama Zoroster, Buddha dan I-Ching. Sejarah sudah terlalu lama menceritakan bagaimana keadaan yang layak bagi seorang wanita. Didalam sebahagian agama meletakkan jilbab sebagai tanda wanita itu merdeka serta mempunyai hak manakala  wanita yang tidak memakai jilbab hanya terdiri dari golongan hamba dan pelacur.

Oleh kerana itu, kita seharusnya bersyukur  kerana Islam telah menaikkan martabat wanita tanpa mengira status merdeka atau hamba dengan membenarkan pemakaian jilbab ini merangkumi semua wanita tanpa mengira darjat. Maka, tidak sepatutnya kita sebagai orang Islam merasakan pemakaian jilbab ini mengganggu rutin kehidupan, mencalar hak dan diskriminasi jantina.

Kesimpulannya, pemakaian jilbab bukanlah ajaran dari Islam semata-mata dan menjadi pegangan kebanyakkan agama di dunia ini. Selain itu, hak pemakaian jilbab ini dalam sektor pekerjaan juga tertakluk dibawah "Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menetapkan kesamarataan dalam aspek agama, bangsa, keturunan, tempat lahir dan jantina".  Ini menunjukkan bahawa anda sebagai wanita masih mempunyai hak sekiranya diminta untuk tidak berjilbab di tempat kerja.

Nota: Tekan Link untuk download Buku Perlembagaan Malaysia

29/1/2018

Rujukan: 5 (Simpanan Penulis)




This post first appeared on Tinta Ruhum, please read the originial post: here

Share the post

Jilbab: Hak, Maruah dan Agama-Tinta Ruhum

×

Subscribe to Tinta Ruhum

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×