Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Servis Philips Consumer Care: Pengurusan Komunikasi Yang Baik- Tinta Ruhum

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t





Pengurusan Pembangunan Kerja merupakan salah satu konsep yang diterbitkan dalam Teori Pengurusan Pembangunan Islam. Konsep ini dibangunkan bagi memberi panduan kita dalam mengendalikan suatu urusan merangkumi tiga Hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam. Fokus artikel ini berkaitan dengan hubungan yang kedua iaitu hubungan sesama manusia. 

Masalah yang dihadapi Penulis pada minggu lepas adalah Steam Iron di rumah tiba-tiba tidak mengeluarkan wap yang sepatutnya untuk menggosok. Disebabkan itu, penulis pada mulanya mencari punca bagi pemasalahan ini dengan melihat kembali buku manual dan bertanya dengan abang 'Google'. Masalah tersebut masih tidak dapat diselesaikan. Seterusnya perkara yang dibuat adalah menghubungi Philips Consumer Careline. Senarai nombor boleh download disini. Jika anda tinggal di Kuala Lumpur/Klang boleh hantar di alamat:

R-Logic Sdn Bhd
Lot 2C, Jalan Kilang 51/206, 
46050 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan.

Hunting Line: 03-7808 4000
Fax Number: 03-7808 4007

Pendek cerita, penulis sampai ke Philips Consumer Care. Kawasan sekelilingnya penuh dengan kilang dan agak sibuk. Lorong juga agak kecil dan perlu berhati-hati bila melaluinya disebabkan banyak lori yang melalui kawasan tersebut. Pemandu lori pula bersahaja mukanya apabila memandu. Penulis masuk ke dalam ruangan pejabat dan melihat ruangnya sangat bagus dan nampak cantik. Bersesuaian dengan tempat untuk pelanggan. Untuk mendapatkan angka giliran, pergi ke komputer tersedia dan taip dua perkara iaitu nama dan nombor telefon. Setelah itu, sila ambil gambar angka giliran yang tertera di skrin komputer (nampak jimat disitu).

Yang paling penting untuk ditekankan adalah layanan ketika kita membuat aduan. Pekerja yang melayani penulis adalah seorang lelaki berbangsa Cina dalam lingkungan umur 30-an. Pengurusan kerja beliau cukup cantik jika dinilai dari segi layanan dan komunikasi. Selain mengambil aduan kerosakan, beliau juga memberikan beberapa tips berkenaan penjagaan produk yang ingin dibaiki. Selain itu, wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman. Itu yang paling mahal kerana ada juga segelintir customer service yang penulis pernah berurusan tiada senyuman dan pandang pelanggan seperti "Harimau Kelaparan". 

Setelah selesai menandatangani borang yang perlu, janji yang diberi untuk proses baiki adalah seminggu dari tarikh yang dihantar. Namun begitu, pada hari isnin lepas, penulis sudah mendapat mesej untuk mengambil barang yang sudah dibaiki. Sangat Superb. Jadi, sekiranya pembaca mengalami masalah yang sama seperti penulis atau barangan Philips anda rosak. Jangan segan untuk menelefon dan menghantar servis di Philips Consumer Care. InsyaAllah, anda akan berpuas hati. Komunikasi dan layanan yang sangat baik. Terima Kasih.



This post first appeared on Tinta Ruhum, please read the originial post: here

Share the post

Servis Philips Consumer Care: Pengurusan Komunikasi Yang Baik- Tinta Ruhum

×

Subscribe to Tinta Ruhum

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×