Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Hikmah Sabar Dapat Menghapus Dosa

Mengalami sesuatu dukacita adalah perkara yang tidak dapat diatasi.Namun bagi orang-orang yang sabar dalam menghadapi dugaan hidup mahupun ujian,mereka akan menemui banyak hikmah yang berlaku atas setiap perkara menimpa mereka jika difikirkan secara matang.


Anjuraj sabar tidak ada ertinya andai tidak ada hikmahnya.Berlakunya demikian tentumya memberikan beberapa sebab seperti menaikan darjat Seseorang dan memberikan kekuatan pada seseorang untuk tidak terus menerus berasa dukacita.Sesungguhnya,orang beriman yang sabar,mereka tidak bersendirian dibiarkan,sebaliknya,Allah memberikan mereka ketenangan didalam hati lalu redha atas apa yang berlaku dan dalam masa sama,memperbaiki diri agar menjadi lebih baik berbanding sebelumnya selain menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Lihatlah nasib orang-orang yang lebih kurang bernasib baik,maka seseorang itu pasti bersyukur nasibnya tidaklah lebih buruk melainkan sekadar ujian-ujian dari Allah yang mesti dilalui opeh setiap orang.

Antara kelebihan orang yang sabar adalah;

Diampunkan Dosa


Dalam hadis qudsi berkata Syaddad bin Aus r.a. bahwasanya Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Allah telah berfirman: 'Sekiranya Aku uji salah seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat Pencatat Amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini dan Aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu dari pahala-pahala amalannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslirn)

Setiap perkara yang berlaku,tidak ada suatu yang luput dari pengetahuan Allah dan pasti Allah memberikan imbalan  setimpal iaitu dosa dihapuskan mengikut ketetapan Allah s.w.t.Maka,apabila seseorang itu datang menemuinya,sedang banyak pula sifat sabar yang di amalkan didunia dahulu,maka semakin banyaklah dosa-dosa dihapuskan oleh Allah s.w.t dan semakin tinggilah peluangnya untuk merai syurga Allah.

Apabila seseorang mengetahui bahawa Allah Maha Pengampun,maka kejarlah pengampunan Allah dan keredhaan Allah,janganlah berputus asa lalu menjadikan ujian itu srbab untuk menjauhkan diri dari Allah.Mungkin seseorang itu terlalu sibuk urusan dunia hingga Allah jadikan ujian itunsupaya ia beringat-ingar nantinya ia akan kembali kepada tuhanya lalu ia pun sejurus ditimpa ujian segeralahbia beringat sujud tanda kembali kepada tujuan hidup didunia.Ada juga setelah diberikan ujian ia tidak sabar,maka Allah beri ia lain iaitu bersenang lenang hingga lalai lalu datanglah ia kepada allah dalam keadaan lalai daripada mengingati Allah.

Maka kesimpulanya,ujian yang menimpa itu tidak lain adalah Allah mahukan hamba-Nya agar beringat dan sedar masa tinggal didunia hampir habis,dan kiamat semakin menghampiri,sedangkan orang-orang yang tidak pernah habis cita-citanya pada dunia akan hampa apabila dunia ini hancur lebur lalu bagi akhirat untuk orang yang sabar menerima pengampunan Raja Sekalian Allah ar-Rahman ar-Rahiim.




This post first appeared on Islam Syariah Info, please read the originial post: here

Share the post

Hikmah Sabar Dapat Menghapus Dosa

×

Subscribe to Islam Syariah Info

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×