Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Herba Zafran Atau Saffron

Herba Zaffran Dari Iran

Hanya Boleh ditanam di kawasan negara empat musim seperti kawasan Mediteranean, Asia Barat dan Eropah, harganya di Malaysia boleh mencecah antara RM28,000 hingga RM32,000 bagi setiap satu kilogram.

Herba Zafran Atau Saffron adalah satu daripada banyaknya herba yang bermanfaat didalam masakan.Dari segi perubatan juga,Saffron tidak terhad dari segi bahan masakan dan perasa,safron asli amat bermanfaat dalam perubatan dan kesihatan.

Pokok bunga Zaffran biasanya tumbuh di hawa iklim sederhana dengan purata hujan yang sederhana dan cahaya matahari serta suhu yang sederhana.Ini kerana,untuk pokok bunga zaffran tumbuh tidak memelukan begitu banyak air.

kajian awal daripada kejayaan penanaman dan pembungaan saffron melalui penanaman secara in vivo mendapati ia sesuai dan membesar dengan baik menggunakan tanah hitam serta akan berbunga pada suhu 15-20 darjah Celsius.

Apabila saffron diletakkan pada suhu 21-28 darjah Celsius, hanya 50 peratus sahaja yang berbunga dan pada suhu melebihi 30 Celsius, langsung tidak ada saffron yang menghasilkan bunga. Nutrien pada tanah hitam yang digunakan sangat sesuai untuk pertumbuhan saffron di Malaysia.

Emas Merah


Tanaman unik yang dianggap 'emas merah' dunia ini digunakan sejak turun temurun dalam masakan dan kini semakin meluas digunakan sebagai bahan pewarna, minyak wangi dan dalam bidang perubatan serta sebagai campuran dengan madu untuk makanan kesihatan.

Manfaat Kesihatan

Mengandungi safranin, ia bertindak sebagai anti-kanser dan anti-oksidan yang sangat berkesan. Antara khasiat saffron ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia bagi membantu menguatkan daya ingatan. Banyak tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam mengenai khasiat dan kebaikan saffron yang turut diperakui oleh ahli perubatan barat moden.

Di India, saffron banyak digunakan bagi membantu masalah pencernaan. Kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin, kajian juga mendapati saffron dapat mengelakkan sistem pencernaan daripada kanser. Ia juga  banyak digunakan sebagai bahan penenang kepada mereka yang menghadapi masalah tekanan jiwa.


Stigma diletak didalam air sekitar 15 minit keatas supaya khasiatnya dalam diserap oleh air sebelum diminum.Penulis mengamalkan meminum zaffran untuk membantu proses hafalan dan kecerdasan minda agar mudah mempelajari sesuatu perkara yang memelukan pemikiran yang kritikal dan sukar seperti al-Fiqh.


Potensi Kesan Sampingan Safron

Mencampurkan safron dengan herba atau suplemen lain dengan kemampuan hipotensif yang mungkin menambah risiko hipotensi. Di antara herba dan suplemen ini termasuklah andrographis, casein peptida, cat’s claw, minyak ikan, CoQ10, L-arginine, stinging nettle, lycium dan theanine.
Mengambil lima gram boleh menyebabkan keracunan safron, dan simptom termasuklah:
  • pigmentasi kuning kulit, sklera dan membran mukus (meniru penyakit kuning)
  • vertigo
  • muntah-muntah
  • cirit-birit berdarah
  • hematuria
  • pendarahan bibir, hidung, uterus dan kelopak mata
  • kekebasan
  • kegagalan uremik
  • purpura thrombosetopenik yang membawa kepada nekrosis hidung yang teruk 
Terdapat juga laporan bahawa mengambil 10 gram safron boleh mengakibatkan keguguran, dengan dos maut di antara 12-20 gram. Alahan akibat penyakit lelah dan rinokonjunktivitis turut dilaporkan, dan tindak balas anafilaktik boleh berlaku di dalam beberapa minit setelah memakan makanan yang mengandungi safron. Safron juga tidak boleh digunakan semasa mengandung.

Kesimpulan Tentang Safron


  • Safron dianggap sangat baik untuk mengurangkan simptom PMS, kemurungan, kebimbangan, dan membantu penurunan berat badan dan meningkatkan rasa kenyang.
  • Safron boleh didapati secara komersil di kedai-kedai khas dan atas talian di dalam bentuk serbuk atau benang.
  • Ia tidak patut diambil semasa mengandung, dan haruslah diambil di dalam dos yang kecil seperti yang diarahkan dan tidak patut diambil untuk jangkamasa yang panjang.
Penulis mengambilnya atas pilihan peribadi,sekiranya pembaca ingin mengamalkan pengambilan safron,pembaca perlu mendapatkan nasihat sewajarnya berkaitan apa yang di makan supaya tidak timbul kemudaran atau kesan sampinganya.Allahualam

Rujukan:
http://mrtengkuasmadi.com/khasiat-safron/
http://www.astroawani.com/gaya-hidup/penyelidik-um-berjaya-tanam-saffron-di-malaysia-110429


This post first appeared on Islam Syariah Info, please read the originial post: here

Share the post

Herba Zafran Atau Saffron

×

Subscribe to Islam Syariah Info

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×