Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Hikmah Dan Kebaikan Dalam Menunaikan Ibadah Aqiqah Untuk Anak

Tags: aqiqah anak atau
Dalam ilmu fiqh (perundangan Islam) Aqiqah juga disebut nasikah dan zabihah. Makna aqiqah ialah putus, nasikah pula ialah ibadat dan zabihah pula bermaksud sembelihan. Jika digabung semua makna tersebut ianya bermaksud sembelihan yang dikategorikan sebagai ibadat yang diputuskan urat-urat sembelihan.

Aqiqah ialah suatu ibadat berbentuk penyembelihan binatang tertentu sebagai tanda gembira dan bersyukur kerana kelahiran bayi.

Binatang yang disembelih untuk tujuan tersebut ialah unta, lembu Atau kambing tetapi kambing adalah afdal dan lebih bagus.

Ibadat aqiqah Anak lelaki atau anak perempuan


Bagi anak lelaki disembelih 2 ekor kambing atau 2 bahagian dari lembu atau unta. Bagi anak perempuan pula seekor kambing atau 1 bahagian dari lembu atau unta. Untuk lembu dan unta dibenarkan untuk berkongsi 7 bahagian.

Hukum aqiqah dalam mazhab Asy-Syafi’e adalah sunnat muakkadah iaitu sunat yang hampir kepada wajib. Tanggungjawab aqiqah dikenakan ke atas orang yang wajib memberi nafqah kepada anak yang diaqiqahkan seperti bapa.

Dalil pensyari’atan aqiqah ialah perbuatan Nabi SAW dan juga para sahabat beliau. Antara dalil tersebut ialah hadits yang diriwayatkan oleh al-imam Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya:


عن سليمان بن عامر الضَّبِّي – رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، يقول: ” مع الغلام عقيقته، فأهريقوا عنه دماً، وأميطوا عنه الأذى



Yang bermaksud: “bersama anak yang dilahirkan ada aqiqahnya yang perlu dilaksanakan maka sembelihlah bagi pihaknya dan buanglah kotoran rambut dengan mencukur rambut anak itu”.

Waktu untuk menaqiqahkan anak ialah bermula dari sempurnanya kelahiran anak hingga baligh anak tersebut. Jika aqiqah dilakukan sebelum sempurna kelahiran maka ia dianggap sembelihan biasa yang boleh dimakan tetapi bukan aqiqah.

Penyembelihan binatang untuk aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh dari tarikh kelahiran bayi. Tetapi jika tidak dapat dilaksanakan pada hari ketujuh maka boleh juga pada hari yang ke 17 atau 21. Tetapi jika masih tidak dapat laksanakan maka boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dengan kemampuan ibubapa bayi.

Jika telah baligh anak tersebut sedangkan aqiqah untuknya belum disempurnakan maka tuntutan ke atas ayahnya sudah tidak berjalan lagi,  di waktu itu bolehlah si anak melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri atau boleh juga si ayahnya melaksanakan sebagai melangsaikan apa yang belum dia selesaikan sebelum ini.

Namun begitu, hari yang paling afdhal untuk menjalankan aqiqah ialah pada hari ketujuh kelahiran anak. Contohnya, jika lahir pada 1 haribulan maka aqiqahnya pada 7 haribulan.

Dalil aqiqah pada hari ketujuh ialah hadits yang diriwayatkan ole imam Abu Daud dalam Sunan beliau:


عن سمرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ” الغلام مرتهن بعقيقته، يذبح عنه يوم السابع، ويسمى ويحلق رأسه”.

Maksudnya: “anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya (bakti anak kepada ibubapaya bergantung kepada aqiqah), maka disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dan pada hari itu juga diberi nama dan dicukur kepalanya”.

Hikmah Dan Kebaik Menunaikan Aqiqah

Dari hadits tersebut jelaslah tentang pentingnya aqiqah untuk kebahagian ibubapa dan anak. Jika ada anak yang susah dengar nasihat atau degil atau pada zahirnya menyusahkan ibubapa maka perhatikanlah juga dari sudut aqiqah, adakah telah dilaksanakan atau belum. Jika telah dilaksanakan adakah ianya sempurna atau tidak.

Selain dari kebaikan tersebut yang diperolehi dari aqiqah ulama juga menyatakan beberapa hikmah lain yang Allah sediakan dalam ibadat aqiqah, antaranya ialah:


  • Menimbulkan rasa gembira dengan ni’mat Allah yang telah membantu, memudahkan dan menyelamatkan ibu dan anak sepanjang proses mengandung hingga bersalin. Tanpa bantuan dan kasih sayang Allah tiada siapa yang boleh bantu si ibu dan anak.
  • Meningkatkan rasa syukur atas anugerah Allah iaitu anak. Anak adalah perhiasan dan hiburan yang Allah kurniakan di dunia seperti firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 14 dan surah Al-Kahfi ayat 46. Dari sifat syukur tersebut Allah sayang hambaNya kerana sesiapa yang bersyukur pasti Allah meredoinya dan pasti Allah akan tambah lagi nikmat seperti yang Allah janjikan dalam surah az-Zumar ayat ketujuh dan surah Ibrahim ayat ketujuh juga.
  • Mengeratkan tali silaturrahim dengan memberi makan daging aqiqah samada kepada saudara mara terdekat atau sesiapa sahaja. Amalan mengeratkan silaturrahim akan mendatangkan kebaikan-kebaikan yang lain seperti lapangnya rezeki, diberkati kehidupan dan lain-lain kebaikan.

Itulah antara kebaikan dan hikmah dari ibadat aqiqah. Bukan sedikit dan tidak kecil rupanya kebaikan yang Allah beri dalam perlaksanaan aqiqah ini. Alhamdulillah.

Antara program aqiqah yang di anjurkan oleh equrban adalah menerima sebarang tempahan aqiqah untuk di laksanakan di beberapa tempat di sekitar negara-negara asia dimana penduduknya amat memelukan daging aqiqah tersebut.


This post first appeared on Islam Syariah Info, please read the originial post: here

Share the post

Hikmah Dan Kebaikan Dalam Menunaikan Ibadah Aqiqah Untuk Anak

×

Subscribe to Islam Syariah Info

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×