Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ngaji Quran | Surah al-Maidah Ayat 3 المآئدة


حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ - :المآئدة5:3

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan Binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Hikmah Larangan Apa Yang Dilarang (diharamkan) Oleh Allah


Hikmah larangan tersebut tentulah memberikan kesedaran kepada umat manusia tentang apa yang dilarang sama ada uji Allah uji sama ada taat kepada perintah-Nya juga memberikan kesejahteraan dalam hidup kepada umat manusia agar menjadi baik serta betul perilaku hidup mereka sekaligus menjadikan hidup tenteram dan harmoni.

Haiwan-haiwan seperti mati tercekit,bangkai,babi,haiwan yang ditanduk adalah diharamkan memakanya mengikut apa yang ditetapkan melainkan terdapat pengecualian terhadapnya,termasuk juga diharamkan adalah haiwan yang diterkam oleh binatang buas seperti singa,harimau juga serigala.


Tafsir Ibnu Katsir

Memperjelas lebih dalam tentang maksud ayat adalah menerangkan hal halal dan haram dalam makanan,menerung nasib serta penyempurnaan agama islam oleh Allah s.w.t serta sifat Maha Pengampun dan Maha Mengasihi Allah keatas hamba-Nya yang dalam keadaan terpaksa dan darurat,maka Allah adalah Maha Mengetahui akan hati tiap-tiap hamba-Nya.

Haiwan Yang Diharamkan Memakanya


Allah mengkhabarkan kepada hamba-hamba-Nya suatu berita yang mengandung larangan memakan semua yang diharamkan, yang terdiri dari bangkai binatang,iaitu binatang yang mati bukan kerana disembelih dan bukan kerana diburu. Yang demikian itu kerana di dalamnya mengandung bahaya, iaitu adanya darah beku, yang sangat berbahaya bagi agama mahupun bagi tubuh manusia. Oleh kerana itu Allah mengharamkannya. Jenis-jenis bangkai tersebut ada yang dikecualikan, iaitu ikan. Ikan tetap halal, baik yang mati kerana proses penyembelihan mahupun kerana sebab lainnya. Hal itu didasarkan pada hadits yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya, al-Muwaththa’, juga diriwayatkan oleh Imam asy-Syafi’i dan Ahmad dalam musnadnya; Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah dalam sunannya, bahawa Rasulullah saw. ditanya tentang air laut, maka beliau menjawab: “Air laut itu suci, dan bangkainya pun halal.” Dan demikian halnya dengan belalang, yang akan dijelaskan dalam huraian selanjutnya.

Darah

Firman Allah: wad damu; (“dan darah”) yang dimaksud adalah darah yang mengalir, sebagaimana firman-Nya: au dammam masfuuhan (“atau darah yang mengalir”) (al-An’am: 145). Demikian yang dikemukakan oleh Ibnu ‘Abbas. Begitu indah yang diungkapkan al-A’sya dalam bait syair yang disebutkan oleh Ibnu Ishaq: Hindarilah olehmu semua bangkai, janganlah engkau mendekatinya. Dan janganlah engkau mengambil tulang yang tajam, lalu engkau mengalirkan darah [menyembelih]. Maksudnya janganlah engkau mengerjakan perbuatan orang-orang jahiliyah. Jika salah seorang dari mereka lapar, maka ia akan mengambil tulang yang tajam atau semisalnya, kemudian dipergunakan untuk mengeluarkan darah untanya atau binatang apa saja, lalu ia mengumpulkan darahnya dan meminumnya. Oleh kerana itu Allah mengharamkan darah bagi umat ini.


Babi

Firman-Nya: wa lahmul khinziiri (“dan daging babi”) baik yang jinak mahupun yang liar. Yang jelas, kata daging itu mencakup semua bahagian, sebagaimana yang difahami menurut bahasa Arab dan menurut kebiasaan yang ada. Dan dalam sahih Muslim disebutkan sebuah hadits dari Buraidah bin al-Khushaib al-Aslami, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa yang bermain dengan dadu, maka seolah-olah ia telah mencelupkan tangannya ke daging dan darah babi.” Jika larangan itu hanya pada sentuhan terhadap daging, lalu bagaimana dengan ancaman keras atas tindakan memakannya. Dalam hadits tersebut terdapat dalil yang menunjukkan keumuman kata daging, yang mencakup untuk seluruh orang tubuh, termasuk lemak dan lainnya. Dalam ash-Shahihain (Sahih Bukhari dan Muslim) disebutkan bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengharamkan jual-beli khamr, bangkai, daging babi, dan patung.” Ditanyakan, “Ya Rasulallah, bagaimana menurutmu tentang lemak bangkai, sesungguhnya ia dipergunakan untuk mengecat kapal, meminyaki kulit, dan dipakai oleh manusia sebagai lampu penerang?” Maka beliau menjawab, “Tidak, hal itu adalah haram [menjual belikannya haram].”


Disembelih Atas Nama Selain Allah

Firman-Nya: wa maa uHilla lighairillaaHi biHi (“Yang disembelih atas nama selain Allah”) yakni haiwan yang disembelih atas nama selain Allah, maka dagingnya itu haram dimakan kerana Allah ta’ala mewajibkan agar menyembelih binatang dengan menyebut Nama-Nya. bila menyimpang dari ketentuan ini, atau dengan nama seluruh makhluk lainnya, maka menurut ijma’ semuanya itu haram. Tetapi yang masih menjadi perbezaan pendapat di kalangan ulama adalah berkenaan dengan tidak disebutkannya nama Allah ketika menyembelih, baik secara sengaja mahupun tidak disengaja, sebagaimana hal itu akan dihuraikan dalam pembahasan surah al-An’am.


Haiwan Yang Tercekit

Firman-Nya: wal munkhaniqatu (“yang tercekik”) iaitu binatang yang mati kerana tercekik, baik secara disengaja mahupun kecelakaan. Ia tercekik oleh tali pengikatnya sehingga mati, maka binatang itu haram hukumnya. Adapun almauquudzatu (“yang mati terpukul”) iaitu dipukul dengan sesuatu yang berat secara umum hingga mati. Sebagaimana yang dikatakan Ibnu ‘Abbas dan beberapa ulama, “Iaitu, yang dipukul sekeras-kerasnya dengan balok kayu, lalu menghimpitnya hingga mati.” Qatadah mengatakan, “Dulu orang-orang jahiliyah memukul binatang dengan tongkat sampai binatang itu mati, maka mereka pun memakannya.”


Haiwan Yang Mati Dipukul

Dalam sebuah hadits sahih disebutkan bahwa ‘Adi bin Hatim berkata, Aku bertanya, “Ya Rasulallah, sesungguhnya aku pernah melemparkan tombak ke arah binatang dan mengenainya.” Maka beliau bersabda, “Jika kamu melemparnya dengan anak panah, lalu menusuknya, maka makanlah. Tetapi jika yang mengenai adalah batangnya, maka sesungguhnya binatang itu mati terpukul, janganlah engkau memakannya.” Dengan demikian beliau membezakan antara yang terkena bahagian tajam dari panah atau lembing, beliau menghalalkan binatang tersebut, tetapi beliau tidak menghalalkan binatang yang terkena batang panah yang mengakibatkan binatang itu mati terpukul. Itulah yang menjadi kesepakatan ulama fiqih. Namun mereka masih berada dalam perbezaan pendapat mengenai permasalahan “apakah senjata yang tajam mengenai buruannya, lalu membunuhnya kerana hentamannya yang berat, tanpa melukainya.” Maka mengenai masalah ini terdapat dua pendapat yang keduanya merupakan pendapat asy-Syafi’i. Pertama, binatang itu tidak halal seperti halnya terbunuh oleh batang panah. Kesamaannya adalah masing-masing terbunuh tanpa adanya luka, maka termasuk mati secara terpukul. Kedua, binatang tersebut halal dimakan kerana dihukumi dengan kebolehan memakan binatang yang diburu dengan menggunakan anjing dan tidak tercabik. Ketentuan ini menunjukkan kepada kebolehan hal yang telah disebutkan. Kerana ia termasuk dalam hukum yang kedua.


Haiwan Yang Terjatuh

Sedangkan “wal mutaraddiyatu” (yang terjatuh) ialah binatang yang terjatuh dari tempat yang tinggi sehingga menyebabkan kematiannya. Maka, binatang itu tidak halal dimakan. As-Suddi mengemukakan: “Yaitu binatang yang jatuh dari atas gunung atau terjatuh ke dalam sumur.”


Haiwan Yang Ditanduk

Adapun: wan nathihatu (“yang ditanduk”) ialah binatang yang mati akibat ditanduk oleh binatang lainnya, maka ia haram dimakan, meskipun tandukknya itu sempat melukai dan menyebabkan keluarnya darah dari lehernya. Dan kata: an nathihatu bermakna al manthuuhatu (“Yang ditanduk”).


Haiwan Yang Diterkam Binatang Buas

Firman-Nya: wa maa akalas sabu’u (“Dan yang diterkam binatang buas”) iaitu yang diserang oleh singa, harimau, macan, srigala, atau anjing, lalu binatang itu sempat memakan sebagian dari tubuh binatang tersebut hingga mati, maka binatang tersebut hukumnya haram, meskipun binatang mengalir dari tubuhnya, bahkan dari lehernya sekalipun. Maka, menurut kesepakatan ijma’ binatang itu tidak halal dimakan. Dahulu orang-orang jahiliyah suka memakan sisa-sisa kambing, unta, sapi atau binatang lainnya yang ditinggalkan binatang buas, maka Allah mengharamkan hal itu bagi orang-orang yang beriman.


Kecuali Yang Sempat Kamu Sembelih

Illaa maa dzakkaitum (“Kecuali yang sempat kamu sembelih.”) penggalan ayat ini boleh merujuk pada binatang mana saja yang telah disebutkan di atas, yang masih dalam keadaan hidup sehingga ada kesempatan menyembelihnya, dan sesungguhnya penggalan ayat ini kembali kepada firman-Nya: wal munkhaniqatu wal mauquudzatu wal mutaraddiyatu wan nathiihatu wa maa akalas sabu’u (“Yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas.”) Mengenai firman-Nya: illaa maa dzakkaitum (“Kecuali yang sempat kamu sembelih”) ‘Ali bin Abi Thalhah mengatakan, dari Ibnu ‘Abbas: “Kecuali binatang yang sempat engkau sembelih, sedang ia masih dalam keadaan hidup. Maka, makanlah kerana ia termasuk binatang yang disembelih.” Hal yang demikian itu juga diriwayatkan dari Sa’id bin Jubair, Hasan al-Bashri, dan as-Suddi. Berkenaan dengan ayat tersebut, Ibnu Abi Hatim menyatakan, dari ‘Ali, “Jika binatang itu masih menggerak-gerakkan ekornya atau mengais-ngaiskan kakinya, atau mengedipkan matanya, maka makanlah.” Ibnu Jarir mengatakan, dari ‘Ali, “Jika engkau masih sempat menyembelih binatang yang hampir mati, atau binatang yang terjatuh, atau yang tertanduk binatang lain, sedang ia masih sempat menggerakkan tangan atau kaki, maka makanlah.” Hal yang sama juga diriwayatkan dari Thawus, al-Hasan, Qatadah, ‘Ubaid bin ‘Umair, adh-Dhahhak, dan beberapa ulama lainnya: “Binatang yang disembelih jika masih melakukan suatu gerakan yang menunjukkan masih adanya kehidupan padanya saat penyembelihan, maka binatang itu halal.” Demikian itulah yang menjadi pendapat jumhur fuqaha. Pendapat ini juga dikemukakan Abu Hanifah, asy-Syafi’i dan Ahmad bin Hanbal. Ibnu Wahab berkata: “Malik pernah ditanya tentang kambing yang perutnya diterkam oleh binatang buas sehingga menyebabkan isi perutnya terburai keluar. Maka Malik berkata: “Aku tidak berpendapat bahawa binatang itu boleh disembelih, [lagipula] apa yang boleh disembelih darinya?” Ditanyakan lagi kepadanya: “Bagaimana serigala yang menerkam kambing dan tidak merobek perutnya?” Malik menjawab: “Jika perutnya robek, aku berpendapat tidak boleh memakannya.” Hal ini merupakan madzhab Imam Malik. Dan lahiriyah ayat bersifat umum mencakup apa yang dikecualikan oleh Imam Malik, berupa gambaran-gambaran tentang keadaan binatang yang tidak akan hidup setelahnya sehingga memelukankan dalil khusus terhadap ayat tersebut. wallaaHu a’lam.


Peralatan Sembelih


Dalam ash-Shahihain disebutkan sebuah hadits yang diriwayatkan dari Rafi’ bin Khadij, ia berkata: Aku bertanya: “Ya Rasulallah, sesungguhnya esok kami akan bertemu musuh, sedang kami tidak mempunyai pisau besar, apakah kami boleh menyembelih dengan semacam bambu?” maka beliau pun menjawab: “Segala sesuatu yang dapat mengalirkan darah dan sudah disebut nama Allah, maka makanlah binatang tersebut, asalkan bukan dengan menggunakan gigi dan kuku. Aku beritahukan kepada kalian mengenai hal itu, gigi pada hakikatnya adalah tulang, sedangkan kuku merupakan pisau-pisau orang Habasyah [Ethiopia].”


Bahagian Dan Cara Penyembelihan Haiwan

Dalam hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad dan beberapa penyusun kitab as-Sunan, dari riwayat Hamad bin Salamah, dari Abul ‘Asyra’ ad-Darimi, dari ayahnya, ia berkata, Aku bertanya: “Ya Rasulallah, bukankah penyembelihan itu harus pada bahagian saluran pernafasan dan tenggorokan (bahagian leher atau tengkok)?” Beliau menjawab: “Jika kamu tusuk pada bahagian pahanya, maka yang demikian itu sudah cukup bagimu.” Hadits tersebut sahih, namun harus diterapkan pada binatang yang tidak disembelih pada jalan pernafasan dan tenggorokannya.


Yang Disembelih Untuk Berhala

Mengenai firman Allah: wa maa dzubiha ‘alan nushubi (“Dan [diharamkan bagi kalian] yang disembelih untuk berhala.”) Mujahid dan Ibnu Juraij berkata: “Berhala itu adalah batu yang ada di sekitar Ka’bah.” Ibnu Juraij menambahkan: “Berhala tersebut berjumlah 360 berhala. Pada masa jahiliyah dulu bangsa Arab menyembelih binatang di dekatnya dan melumuri Ka’bah dengan darah binatang sembelihan tersebut. Mereka memotong-motong daging binatang itu kemudian meletakkannya pada berhala-berhala tersebut.” Riwayat yang seperti ini tidak hanya diriwayatkan oleh satu orang saja. Kemudian Allah melarang orang-orang mukmin melakukan perbuatan tersebut, bahkan mengharamkan mereka memakan binatang-binatang yang disembelih di sisi berhala-berhala tersebut, meskipun penyembelihannya itu dengan menyebut nama Allah. Penyembelihan binatang di samping berhala merupakan salah satu bentuk kemusyrikan yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya. Penggalan ayat tersebut mengandung pengertian demikian kerana telah dikemukakan sebelumnya pengharaman binatang yang disembelih tanpa disebutkan nama Allah padanya.


Mengundi Nasib

Firman-Nya: wa an tastaqsimuu bil azlaam (“Dan [diharamkan juga] mengundi nasib dengan anak panah.”) yakni diharamkan kepada kalian, wahai orang-orang yang beriman mengundi nasib dengan anak panah. Mufrad [bentuk tunggal] dari kata “al azlaam” adalah “zalam”. Pada masa jahiliyah dulu bangsa Arab biasa mengerjakan hal itu.Iaitu berupa tiga buah anak panah yang salah satunya ditulis “Kerjakan” dan yang kedua ditulis “jangan kerjakan”, dan yang ketiga tidak tertulis apapun. Dan di antara orang-orang yang mengatakan: “Yang satu bertuliskan “Rabbku menyuruhku”, yang kedua bertuliskan “Rabbku melarangku”, dan yang ketika dibiarkan tanpa tulisan.” Jika yang muncul anak panah yang bertuliskan perintah [kerjakan] maka ia akan mengerjakan; jika yang muncul adalah bertuliskan larangan [jangan kerjakan], maka ia akan meninggalkan [tidak mengerjakan]. Dan jika yang muncul adalah anak panah ketiga yang tidak bertulis apa-apa, maka ia akan mengulanginya lagi. Kata al-istiqsam berasal dari kata thalabul qism [meminta undian] dari anak panah tersebut. Demikianlah yang ditetapkan oleh Abu Ja’far Ibnu Jarir. Dalam ash-Shahihain disebutkan bahwa ketika memasuki Ka’bah Nabi saw. mendapati Ibrahim dan Isma’il digambarkan di dalamnya, sedang pada kedua tangannya terdapat anak panah. Maka beliau bersabda: “Semoga Allah membinasakan mereka. sesungguhnya mereka mengetahui bahawa keduanya tidak pernah mengundi nasib dengan anak panah tersebut selamanya.” Firman-Nya: dzaalikum fisq (“Yang demikian itu adalah kefasikan”) yakni mengundi nasib dengan anak panah tersebut merupakan kefasikan, penyimpangan, kesesatan, kebodohan, dan kemusyrikan. Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman jika mereka merasa ragu-ragu dalam menghadapi persoalan, maka hendaklah mereka (solat) beristikharah [meminta pilihan] kepada-Nya, iaitu dengan cara beribadah kepada-Nya, lalu memohon kepada-Nya pilihan atau pertunjuk yang terbaik dalam persoalan yang mereka kehendaki. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Bukhari, dan para penyusun kitab Sunan melalui jalan ‘Abdur Rahman bin Abi al-Mawali, dari Muhammad bin al-Munkadir, dari Jabir bin ‘Abdullah, ia menceritakan: “Rasulullah saw. mengajarkan kepada kami beristikharah dalam menghadapi berbagai persoalan, sebagaimana beliau mengajari kami sebuah surah al-Qur’an. Beliau saw. bersabda: “Jika salah seorang di antara kalian berhasrat dalam suatu urusan, maka hendaklah solat dua rakaat selain solat fardhu, lalu selesai solat hendaklah ia berdoa: ‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan yang tepat dengan pengetahuan-Mu, aku memohon agar diberi kemampuan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon anugerah-Mu yang sangat luas. Kerana sesungguhnya Engkau berkuasa, sedang aku tidak. Engkau Maha mengetahui, sedang aku tidak, dan Engkau Maha mengetahui yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini [disebutkan perkaranya] baik bagiku, bagi agamaku, dan kehidupanku –atau beliau bersabda saat ini dan masa depanku-, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudian berkahilah ia bagiku. Apabila Engkau mengetahui bahawa perkara itu buruk bagiku, bagi agamaku dan kehidupanku, saat ini dan masa depanku, maka jauhkanlah dia dariku, dan jauhkanlah aku darinya. Berikanlah kepadaku kebaikan dimana pun adanya, kemudian jadikanlah aku ridla menerimanya.” (Demikian menurut lafadz Imam Ahmad. At-Tirmidzi berkata: “Hadits ini hasan sahih gharib. Kami tidak mengetahuinya, kecuali dari hadits Ibnu Abul Mawali.”)


Orang Kafir Berputus Asa


Mengenai firman-Nya: al yauma ya-isal ladziina kafaruu min diinikum (“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk [mengalahkan] agamamu,”) berkata ‘Ali bin Abi Thalhah, dari Ibnu ‘Abbas: “Yakni, mereka berputus asa untuk mengembalikan kejayaan agama mereka.” hal yang senada juga diriwayatkan dari ‘Atha’ bin Abu Ribah, as-Suddi, dan Muqatil bin Hayyan. Berkenaan dengan pengertian tersebut, terdapat sebuah hadits Sahih Muslim bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya syaitan telah berputus asa dari usaha agar orang-orang yang solat di Jazirah Arab menyembahnya, akan tetapi [ia tidak putus asa untuk] mengadu domba di antara mereka.” (HR Muslim dalam kitab Shifatul Qiyaamah, [2812]) Boleh juga mengandung pengertian lain bahawa mereka telah berputus asa untuk menyerupai kaum Muslimin. Kerana kaum Muslimin mempunyai sifat-sifat yang berbeza dengan sifat-sifat kemusyrikan dan kaum musyrikin. Oleh kerana itu Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman untuk tetap sabar dan teguh dalam menyelisihi orang-orang kafir, serta tidak takut kepada seorang pun, kecuali kepada Allah Ta’ala.

Firman Allah: falaa takhsyauHum wakhsyauni (“Sebab itu, janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku.”) maksudnya janganlah kalian takut kepada mereka dalam usaha kalian menyelisihi mereka, tetapi takutlah kalian kepada-Ku, nescaya Aku akan membantu kalian dalam menghadapi mereka, memenangkan kalian atas mereka, melapangkan hati kalian atas mereka, dan menjadikan kalian di atas mereka, baik di dunia mahupun di akhirat.


Penyempurnakan Agama Islam Oleh Allah

Firman-Nya: al yauma akmaltu lakum wa atmamtu ‘alaikum ni’matii wa radliitu lakumul islaama diinan (“Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuridlai Islam itu jadi agamamu.”) ini merupakan nikmat Allah yang terbesar yang dikurniakan kepada umat ini, tatkala Allah menyempurnakan agama mereka sehingga mereka tidak memerlukan agama lain, dan tidak pula Nabi lain selain Nabi mereka, yakni Nabi Muhammad saw. Oleh kerana itu Allah menjadikan beliau sebagai penutup para Nabi dan mengutusnya kepada seluruh manusia dan jin sehingga tidak ada yang halal kecuali yang beliau halalkan, dan tak ada yang haram kecuali yang beliau haramkan. Tidak ada agama kecuali yang disyariatkannya. Semua yang dikhabarkannya adalah haq, benar, dan tidak ada kebohongan, serta tidak ada pertentangan sama sekali. Sebagaimana firman Allah: wa tammat kalimatu rabbika shidqaw wa ‘adlan (“Telah sempurna kalimat Rabbmu [al-Qur’an], sebagai kalimat yang benar dan adil.” (al-An’am: 115) maksudnya, benar dalam khabar yang disampaikan dan adil dalam seluruh perintah serta larangan. Setelah agama disempurnakan bagi mereka, maka sempurnalah nikmat yang diberikan kepada mereka. Oleh kerana itu Allah berfirman: al yauma akmaltu lakum wa atmamtu ‘alaikum ni’matii wa radliitu lakumul islaama diinan (“Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agamamu.”) maka redhailah Islam untuk diri kalian kerana ia merupakan agama yang dicintai dan diredhai Allah Ta’ala, yang kerananya Allah mengutus Rasul yang paling afdlal, dan yang kerananya pula Allah menurunkan Kitab yang paling mulia (al-Qur’an). Mengenai firman-Nya: al yauma akmaltu lakum diinakum (“Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu.”) ‘Ali bin Abi Thalhah berkata, dari Ibnu ‘Abbas: “Maksudnya ialah Islam. Allah telah mengkhabarkan Nabi-Nya saw. dan orang-orang yang beriman bahawa Allah telah menyempurnakan keimanan kepada mereka sehingga mereka tidak memelukan penambahan sama sekali. Dan Allah telah menyempurnakan Islam sehingga Allah tidak akan pernah menguranginya, bahkan Allah telah meredhainya. Allah tidak akan pernah memurkainya selamanya.” Asbath mengatakan, dari as-Saudi: “Ayat ini turun pada hari Arafah, dan setelah itu tidak ada lagi ayat yang turun menyangkut halal dan haram. Kemudian Rasulullah saw. kembali dan setelah itu meninggal dunia.”


Tangisan Umar al-Khattab r.a

Ibnu Jarir dan beberapa ulama lainnya mengatakan: “Rasulullah saw. meninggal pada hari Arafah, iaitu setelah 81 hari.” Keduanya telah meriwayatkan dari Ibnu Jarir. Selanjutnya ia menceritakan, “Sufyan bin Waki’ menceritakan kepada kami, Ibnu Fudhail menceritakan kepada kami, dari Harun bin Antarah, dari ayahnya, ia berkata, ‘Ketika turun ayat: al yauma akmaltu lakum diinakum (“Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu.”) iaitu pada hari haji akbar [besar], maka ‘Umar menangis, lalu Nabi saw. bertanya: ‘Apa yang menyebabkan engkau menangis?’ Umar menjawab: ‘Aku menangis disebabkan kerana selama ini kita berada dalam penambahan agama kita. Tetapi jika sudah sempurna, maka tidak ada sesuatupun yang sempurna melainkan akan berkurang.’ Kemudian beliau bersabda: ‘Engkau benar.’”
Pengertian tersebut diperkuat oleh sebuah hadits yang menegaskan sabda Rasulullah saw.: “Sesungguhnya, Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali mejadi asing, maka berbahagialah orang-orang yang asing.” (HR Muslim dalam Kitab al-Iman [145])


Orang Yahudi Berharap Ayat Penyempurnaan Agama Untuk Mereka


Imam Ahmad mengatakan, dari Thariq bin Syihab, ia berkata: “Ada seorang Yahudi yang datang kepada ‘Umar bin Khaththab, lalu berkata: ‘Hai Amirul Mukminin, sesungguhnya kalian membaca sebuah ayat dalam kitab kalian. Jika ayat tersebut diturunkan kepada kami, orang-orang Yahudi, nescaya kami akan menjadikan hari ini [hari turunnya ayat itu] sebagai hari raya.’ ‘Ayat yang mana itu?’ tanya ‘Umar. Orang Yahudi itu berkata: ‘Iaitu firman-nya: al yauma akmaltu lakum diinakum wa atmamtu ‘alaikum ni’matii (“Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku.”).’ maka ‘Umar pun berkata: ‘Demi Allah, sesungguhnya aku telah mengetahui hari ketika itu turun kepada Rasulullah saw. Dan waktu diturunkannya ayat itu kepada Rasulullah saw., yaitu pada malam Arafah hari Jum’at.’ (Hadits ini diriwayatkan pula oleh al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, dan an-Nasa’i) Firman Allah selanjutnya: fa manidl-thurra fii makhmashatin ghaira mutaajaanifil litsmin fa innallaaHa ghafuurur rahiim (“Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.”) maksudnya, barangsiapa yang benar-benar perlu memakan sedikit saja dari apa-apa yang haram yang disebutkan Allah kerana suatu kepentingan yang mengharuskan memakannya, maka ia boleh memakannya, dan sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang kepadanya. Kerana Allah mengetahui keperluan hamba-Nya yang terpaksa dan keperluannya memakan hal itu sehingga Allah memaafkan dan mengampuninya.


Kemudahan Dari Allah

Dalam musnad Imam Ahmad dan Shahih Ibnu Hibban diriwayatkan sebuah hadits dari Ibnu ‘Umar, sebagai hadits marfu’, ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah menyukai kemudahan-Nya dilaksanakan sebagaimana Allah membenci larangan-Nya dilanggar.” (Hadits ini berdasarkan lafadz Ibnu Hibban) Sedangkan menurut lafadz Imam Ahmad adalah sebagai berikut: “Barangsiapa yang tidak mahu menerima kemudahan dari Allah, maka baginya dosa sebesar gunung-gunung di Arafah.” Oleh kerana itu, para fuqaha berkata: “Terkadang pada keadaan tertentu bangkai merupakan suatu hal yang wajib, iaitu ketika seseorang khuatir pada jiwanya, sedang ia tidak menemukan makanan lain selain bangkai itu. Terkadang makan bangkai itu bersifat dianjurkan, dan terkadang juga mubah, tergantung pada keadaan.” Para fuqaha masih berbeza pendapat tentang kadar bangkai yang boleh dimakan; apakah sekadar memperpanjang hidup atau boleh sampai kenyang, ataukah sampai kenyang dan sekaligus menjadikannya sebagai bekal? Mengenai hal tersebut terdapat beberapa pendapat, sebagaimana yang disebutkan dalam kitab al-Ahkam (sebuah kitab yang ditulis oleh Ibnu Katsir, akan tetapi kitab tersebut termasuk di antara kitab-kitab beliau yang hilang.) Selain itu, para fuqaha juga berbeza pendapat mengenai kenyataan jika seseorang menemukan bangkai dan makanan milik orang lain atau binatang buruan sedang ia dalam keadaan berihram, apakah ia boleh memakan bangkai atau memakan binatang buruan tersebut kemudian harus membayar denda atasnya, atau memakan makanan orang lain dan harus menggantinya. Mengenai yang terakhir ini terdapat dua pendapat, yang keduanya adalah pendapat asy-Syafi’i. Keadaan tidak menemukan makanan selama tiga hari bukanlah merupakan syarat dibolehkannya memakan bangkai. Sebagaimana hal itu telah menjadi dugaan orang-orang awam yang lainnya. Tetapi jika benar-benar terpaksa, maka seseorang dibolehkan memakannya. Imam Ahmad meriwayatkan dari al-Walid bin Muslim, dari al-Auza-i, dari Hassan bin ‘Athiyyah Abu Waqid al-Laitsi bahwasannya mereka berkata: “Ya Rasulallah, sesungguhnya kami pernah berada di suatu tempat dimana kami mengalami kelaparan, lalu bilakah kami diperbolehkan memakan bangkai?” Beliau saw. menjawab: “Jika kalian tidak makan siang, tidak makan malam dan tidak dapat mengambil sayur-sayuran [buah-buahan], maka kalian boleh memakannya.” (dalam penerangan seperti ini hanya Imam Ahmad saja yang meriwayatkan dan isnad hadits ini sahih dengan syarat al-Bukhari-Muslim)


Tanpa Sengaja Berbuat Dosa

Firman-Nya: ghaira mutajaanifil li itsmin (“tanpa sengaja berbuat dosa”) maksudnya tidak sengaja berbuat maksiat kepada Allah, maka sesungguhnya Allah telah membolehkannya [memakan bangkai itu], serta mendiamkan pula terhadap hal lainnya. Sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Baqarah yang ertinya: “Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa memakannya, sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (al-Baqarah: 173) Ayat ini dipergunakan sebagai dalil oleh orang yang berpendapat bahawa orang yang bertujuan maksiat dalam suatu perjalanan, maka ia tidak mendapatkan keringanan sedikitpun dari keringanan-keringanan dalam safar [perjalanan]. Kerana keringanan seperti itu tidak diberikan kepada orang yang berbuat maksiat. wallaaHu a’lam.

Rujukan:https://alquranmulia.wordpress.com/2014/10/16/tafsir-ibnu-katsir-surah-al-maa-idah-ayat-3-2/


This post first appeared on Islam Syariah Info, please read the originial post: here

Share the post

Ngaji Quran | Surah al-Maidah Ayat 3 المآئدة

×

Subscribe to Islam Syariah Info

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×