Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Diuji Dengan Roti

Tags: lalu roti pemuda

Diuji Dengan Roti


Diuji dengan Roti.Terdapat suatu masa Lalu dua orang pemuda lalu mereka sebenarnya tidak mengenali antara satu sama lain.Bertemu disatu tempat lalu salah seorang daripadanya ikut mengikut salah seorangnya pula.

Lalu keduanya saling berikat janji iaitu sesama-sama susah,dan sama-sama jugalah senang.

Di sepanjang perjalanan itu,mereka berdua diberkali dengan 3 keping roti.Seandainya mereka berdua lapar,maka boleh lah mereka makan roti tersebut.

Roti Menjadi Ujian

Akhirnya,setelah penat berjalan,salah seorangnya pula bernama Isa begitu haus lalu menemui satu sungai.Dan Isa pun pergi kesungai itu untuk mengambil air minuman.Namun yang seorang lagi pun mengambil keputusan untuk tunggu sahaja.Lalu dia mereka lapar dan mencapai 2 keping roti tersebut.

Sekembalinya Isa dari tempat mengambil air,dia lantas bertanya,mengapa roti tinggal 1 ? siapa yang makan 2 keping roti ? orang yang memakanya menjawab "Aku tidak tahu".Isa lalu meneruskan perjalanan diikuti langkah Isa oleh pemuda itu.

Lalu mereka bertemu dengan sebatang sungai lain.Isa pun bertanya,"Kita akan menyeberang sungai ini." Pemuda yang mengikutnya pula berkata "Bagaimana mahu menyeberang sungai ini ? apakah engkau tidak melihat sungai ini sungguh luas ?" lalu Isa menjawabnya,"Ikutlah aku,nescaya kita dapat menyeberanginya."Lalu pemuda tadi berasa begitu hebat kerana mereka berdua dapat melalui atas air sungai tersebut dan berjalan diatasnya.Sesudah sampai ke seberangnya,pemuda itu berkata "Ini sungguh-sungguh ajaib!!!" dijawab Isa "Ajaib lagi orang yang makan roti tapi tidak mengaku!!!".Kemudian Isa bertanya mana lagi dua keping roti ? siapa yang makan ? bukankah engkau yang makan ? " soal Isa bertubi-tubi kepada pemuda itu.Dia masih enggan mengaku."Tidak!.Bukan aku".

Isa pun membiarkan pemuda itu.Lalu mereka meneruskan jalan seperti biasa.Akhirnya mereka berdua terlihat seekor kambing.Isa lalu menyembelih kambing itu.Setelah disembelihnya kambing itu,Isa mengusap-ngusap kambing itu,maka hiduplah kembali kambing itu.Ini menglahirkan rasa kagum kepada pemuda itu."Ini sungguh ajaib!!!" lalu dijawab Isa,"Ajaib lagi roti telah dimakan oleh engkau tapi tidak mengaku!!!" lalu menyambungnya lagi dengan pertanyaanya,"...Katakan,engkau yang makan roti itu adalah benar ?!".Pemuda itu masih enggan mengaku lalu menjawab, "Tidak.Bukan aku yang makan roti itu".Lalu ditanya lagi,"Jika bukan engkau siapa lagi yang makan sedangkan kita hanya berdua dan roti itu ada dalam bekas simpanan mu ?!" dijawab pula "Aku tidak tahu!".

Bertemu dengan Ketulan Emas

Isa pun terus berjalan.Pemuda itu setia mengikut dibelakangnya.Lalu mereka secara tidak dirancang bertemu pula dengan ketulan emas yang besar-besar.Terdapat 3 ketul emas.Pemuda itu bertanya."Ini terdapat 3 ketul emas.Mari kita mengbahagikanya diantara kita!".Isa menjawab,"Baik!.Tapi dengan syarat,kita bahagikan dengan 3 orang untuk 3 ketul emas ini."Pemuda itu bertanya,"Kita hanya berdua,siapa yang ketika pula " dalam keadaan hairan kepada Isa.Lalu Isa membalasnya dengan berikut,"Satu untuk engkau,satu untuk aku,dan satu lagi untuk orang yang makan roti itu tadi!".Dan dengan penuh rasa tidak terhingganya,pemuda itu terus mengaku bahawa dialah yang memakan roti tersebut.Maka,dengan itu dia dapat membolot 2 ketul emas tadi.Isa berkata,"Sebenarnya aku tidak mahupun akan emas-emas itu,engkau ambillah kesemua emas tersebut.Emas-emas ini tidak lain memperlambatkan perjalanan kita.Jika engkau mahu ikut aku,tinggalkan emas ini,atau engkau tinggal bersama emas-emas ini."Pemuda itu memilih untuk tinggal dengan emas-emas itu.

Isa pun berlalu pergi.Isa pun mengelengkan kepala.Adalah bagus kiranya engkau mengikut aku.Akhirnya Isa pun meninggalkan pemuda itu yang sedang leka dengan emas-emasnya yang baru diperolehi.Sedang Isa semakin menjauh,tiba-tiba datangp pula 2 orang perompak yang melalui kawasan pemuda itu.Mereka berdua ternampak seorang pemuda dengan 3 ketul emas.Lalu dirompaknya pemuda itu lalu dibunuh.Akhirnya 3 ketul emas itu pun berjaya ditukar tangan.Dua orang perompak itu berkata,"Mari ktia bahagikan emas-emas ini..".rakanya pula menjawab,baik,tapi elok kiranya engkau pergi ke pasar membelikan sesuatu,bukankah kita tadi dalam perjalanan ke pasar untuk membeli makanan ?".Dijawab pula pasanganya tadi, "Benar kata mu!,jika tidak kerana emas ini,tentu kita sudah menikmati makanan.Aku akan pulang membawa makanan sebentar lagi!."Pasanganya itu bergerak pergi ke pasar.

Sementara menunggu kepulangan pasanganya dari pasar membawakan makanan untuk mereka berdua,rakanya yang menunggu itu telah siap-siap merancang untuk membunuh pasanganya yang akan pulang dair pasar.Dia sudah siap-siap sembunyi dibalik batu.Apabila pasanganya melalui kawasan itu,akan segera dia tusuk dengan tombak dari belakang.

Akhirnya kelibat tubuh pasanganya itu kelihatan,lalu di segerakan tusukan itu,maka tepatlah menikam belakang dan membusi dada hadapan pasanganya lalu matilah ia.Maka dapatlah dia membolot harta yang ada iaitu 3 ketul emas.Namun,perut dia pula terasa sangat-sangat lapar.Segera pula dia menemui tempat pasanganya mati dibunuhnya tadi.Untuk mencari makanan yang dibawakan.Lalu disitu juga dia terus makan.Sedang asyik menyuapkan makanan,tiba-tiba,dia pula terasa seperti tercekik,terasa disusuli dengan kesakitan lalu akhirnya mengalami kesukaran bernafas.Rupa-rupanya makanan yang dibawa oleh rakanya tadi telah diletakan racun.Pasanganya tadi juga sebelum dibunuh,turut ingin membolot emas-emas tersebut maka diletakanya racun agar dengan hal demikian,makanan itu jika diberikan kepada temanya,maka matilah dia.Akhirnya dengan kesan racun tersebut,matilah seorang perompak tadi.

Kemudian Isa pun dalam perjalanan pulang lalu melalui tempat itu.Isa melihat tempat itu terdapat mayat-mayat orang yang berebutkan emas,ada dirompak dan dibunuh.Masing-masing membolot harta kekayaan.Isa lalu berkata,"Inilah dunia,ia tidak lain memperdayakan kamu semua."

Kisah ini diadaptasi daripada kisah Nabi Isa a.s dengan pencuri roti (Kisahnya sungguh popular suatu masa dulu),namun saya menulisnya dengan gaya sendiri namun maksudnya sama sahaja.Iaitu dunia ini cuma memperdayakan.wallahualam.

Foto kredit:http://alyanurfa-azfh.blogspot.my/2015/11/filosofi-sepotong-roti.html


This post first appeared on Islam Syariah Info, please read the originial post: here

Share the post

Diuji Dengan Roti

×

Subscribe to Islam Syariah Info

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×