Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Puasa Puasa Dibulan Muharram

Yang ingin Puasa di bulan Muharram.Minggu depan ialah minggu yang luar biasa. Ingat, sekarang kita berada di bulan Muharram. Jadi:


  • -->Isnin, 9 Muharram (10 Oktober) puasa Tasu'a
  • -->Selasa, 10 Muharram (11 Oktober) Puasa 'Asyura
  • -->Rabu, 11 Muharram (12 Oktober) Puasa ba'da 'Asyura
  • -->Khamis, 12 Muharram (13 Oktober) Puasa Sunnah Kamis (hari diangkat/dilaporkannya amalan)
  • -->Juma'at, 13 Muharram (14 Oktober) Puasa Ayyamul Bidh
  • -->Sabtu, 14 Muharram (15 Oktober) Puasa Ayyamul Bidh
  • -->Ahad, 15 Muharram (16 Oktober) Puasa Ayyamul Bidh
  • -->Isnin, 16 Muharram (17 Oktober) Puasa Sunnah Isnin (diangkatnya/dilaporkannya amalan)


Puasa Sunnah Yaumul Bidh itu apa? dan bulan haram itu bagaimana apa tidak boleh puasa sunnah?

”Setahun berputar sebagaimana keadaannya sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan haram (suci). Tiga bulannya berturut-turut iaitu Dzulqo’dah, Dzulhijjah dan Muharram. (Satu bulan lagi adalah) Rajab Mudhor yang terletak antara Jumadal (akhir) dan Sya’ban.” (HR. Bukhari no. 3197 dan Muslim no. 1679)

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa memerintahkan pada kami untuk berpuasa pada ayyamul bidh iaitu 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijriyah).” Dan beliau bersabda, “Puasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun.” (HR. Abu Daud no. 2449 dan An Nasai no. 2434)

Dari Abu Dzar, Rasulullah saw. bersabda padanya:


يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

“Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah)[(HR. Tirmidzi no. 761 dan An Nasai no. 2425. Abu ‘Isa Tirmidzi mengatakan bahawa haditsnya hasan)]

Rasulullah s.a.w mengajurkan kita jika ingin berpuasa 3 hari di setiap bulan,maka puasalah di hari ke 13,14 dan 15 sebagaimana hadist hasan di atas.

Yaumul Bidh itu adalah "Hari Putih" iaitu hari di mana bulan sedang penuh bersinar di sekitar purnama. Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kaum muslimin untuk berpuasa 3 hari setiap bulan dan salah satu waktunya adalah saat bulan purnama.

Untuk muslimat yang memiliki suami sahaja (atau muslimat bakal mendirikan rumah tangga),Rasulullah s.a.w mengajurkan agar terlebih dahulu meminta izin dari suami.

Seorang istri tidak boleh berpuasa sunnah sedangkan suaminya bersamanya kecuali dengan seizin suaminya. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


لاَ تَصُومُ الْمَرْأَةُ وَبَعْلُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ

“Janganlah seorang wanita berpuasa sedangkan suaminya ada kecuali dengan seizinnya.(HR. Bukhari no. 5192 dan Muslim no. 1026)

Rasulullah s.a.w menganjurkan bagi muslimat yang memiliki suami,jika ingin berpuasa (sunnah),wajib meminta izin dari suaminya.Jika puasa wajib seperti ramadhan,itu perkara hakiki yang sememangnya Allah s.w.t tetapkan untuk berpuasa,kecuali terdapat kelonggaran bagi yang tertentu,seperti ibu menyusu,orang bermusafir mahupun sakit yang memungkinkan harus dibuka.wallahualam.

Niat puasa sunnah setelah terbit matahari

Boleh berniat puasa sunnah setelah terbit fajar jika belum makan, minum dan selama tidak melakukan hal-hal yang membatalkan puasa. Berbeda dengan puasa wajib maka niatnya harus dilakukan sebelum fajar. Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata,


دَخَلَ عَلَىَّ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ « هَلْ عِنْدَكُمْ شَىْءٌ ». فَقُلْنَا لاَ. قَالَ « فَإِنِّى إِذًا صَائِمٌ ». ثُمَّ أَتَانَا يَوْمًا آخَرَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أُهْدِىَ لَنَا حَيْسٌ. فَقَالَ « أَرِينِيهِ فَلَقَدْ أَصْبَحْتُ صَائِمًا ». فَأَكَلَ

“Pada suatu hari, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menemuiku dan bertanya, "Apakah kamu mempunyai makanan?" Kami menjawab, "Tidak ada." Beliau berkata, "Kalau begitu, saya akan berpuasa." Kemudian beliau datang lagi pada hari yang lain dan kami berkata, "Wahai Rasulullah, kita telah diberi hadiah berupa Hais (makanan yang terbuat dari kura, samin dan keju)." Maka beliau pun berkata, "Bawalah kemari, sesungguhnya dari tadi pagi tadi aku berpuasa."(HR. Muslim no. 1154).[1]

Cara niat sunnah setelah terbit matahari ini saya pernah lakukan sebelum ini.Pada hari asyura,pada waktu saya memandu,saya teringat yang hari itu adalah hari asyura,jadi saya terus berniat,selagi tidak (melakukan perkara yang sebelum niat tadi itu) membatalkan puasa,misalnya sudah menjamah makanan,minum atau seumpamanya.Waktu itu pagi,dalam jam 7.00-8.00 pagi iaitu belum masuk tengah hari pun.

Saya ambil yang rajih sahaja untuk hukum niat puasa sunat setelah terbit matahari.
Menurut mazhab Syafi’ie niat puasa sunat harus(boleh) dilaksanakan pada siang hari iaitu selepas matahari terbit asalkan belum menjamah apa-apa makanan atau pun minuman, ini juga merupakan pendapat mazhab Hanafi dan Hanbali. Perkara ini dinyatakan oleh oleh al-Imam al-‘Imrani(meninggal: 558h) di dalam al-Bayan fi Mazhab al-Imam al-Syafi’ie:


ولا يصح صوم التطوع إلا بالنية، لما ذكرناه في الفرض، ولكن يصح بنية من النهار، وبه قال أبو حنيفة، وأحمد، وروي ذلك عن أبي طلحة من الصحابة.

Maksudnya: Tidak sah puasa sunat melainkan dengan niat, sepertimana yang telah kami sebutkan pada bahagian (puasa) fardu, akan tetapi sah (puasa sunat) dengan niat pada sebahagian dari siang. Ini adalah pendapat Abu Hanifah, Ahmad dan diriwayatkan juga dari Abu Talhah dari kalangan sahabat.


Jika sekalipun seseorang itu berniat pada lewat waktu siang sekali pun, puasa sunatnya tetap sah, seperti yang dinyatakan oleh Sheikhul Islam Zakaria al-Ansari:

فلو نوى قبل الزوال وقد مضى معظم النهار صح صومه، والأصح أن صومه من أول النهار حتى يثاث على جميعه إذ صوم اليوم لا يتبعض كما في الركعة بإدراك الركوع.
(راجع: الغرر البهية في شرح البهجة الوردية)


Maksudnya: Jika dia berniat sebelum tergelincir matahari dan telah berlalunya sebahagian besar waktu siang, maka puasanya tetap sah. Pendapat yang paling sahih sesungguh puasanya dikira dari awal siang hari sehinggakan diberi ganjaran pahala atas keseluruhannya di mana (pahala) puasa tidak boleh dibahagi-bahagikan sepertimana rakaat dikira dengan mengikuti rukuk. Sheikhul Islam menjelaskan, jika seseorang itu lewat berniat puasa sunat, puasanya dikira dan diberi pahala penuh dan ini disokong oleh Imam al-Ghazzali. Namun terdapat pendapat dari sebahagian ulama Syafi’iyyah berpendapat bahawa pahala puasa dikira mula niat seseorang itu, ini adalah pendapat Imam al-Mas’udi dan Imam Abu Ishaq.[2

Adapun niat puasanya Tasu'a dan Asyura adalah 

Niat Puasa Tasu'a

نويت الصوم في يوم تاسوعاء سنة لله تعالي

Nawaitus Shauma fi yaumi Tasu'a sunnatan lillahi ta'ala
Saya niat puasa pada hari Tasu'a kerana Allah Ta'ala

Niat Puasa Asyura

نويت الصوم في يوم عاشوراء سنة لله تعالي

Nawaitus Shauma fi yaumi Asyura sunnatan lillahi ta'ala
Saya niat puasa pada hari Asyura kerana Allah Ta'ala

wallahualam.

---> Lihat Kalendar puasa sunat 1438


Tulisan:Miss Zass
              Nursyarifah

Rujukan:
1-http://www.jadipintar.com/2014/04/Pengertian-Puasa-Ayyaamul-Bidh-Dalil-Hadits-dan-Tata-Caranya.html
2-https://aburuqayya.wordpress.com/2014/04/08/niat-puasa-setelah-terbit-matahari/



This post first appeared on Islam Syariah Info, please read the originial post: here

Share the post

Puasa Puasa Dibulan Muharram

×

Subscribe to Islam Syariah Info

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×