Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Murid Tahun Dua Diajak ke Bilik Stor Oleh Lelaki Tak Dikenali, Polis Cari Suspek Kerana Dipercayai Cubaan Memcabul

Keratan Rakaman CCTV


KUALA TERENGGANU, 24 Ogos : Seorang murid perempuan Tahun dua di sebuah sekolah di Dungun dipercayai dicabul dalam Stor sekolah tersebut kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 tengah hari itu, murid tersebut yang menunggu untuk memasuki kelas Fardu Ain itu didatangi oleh seorang Lelaki yang tidak dikenali.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ,Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, lelaki itu meminta Mangsa mengikutnya ke stor dengan mendakwa seorang murid terkurung di dalam stor tersebut.

Tambah beliau lagi, mangsa yang berusia lapan tahun yang tidak mengesyaki apa-apa itu mengikut lelaki terbabit.

Bagaimanapun, sebaik tiba di stor berkenaan, suspek mengajak mangsa masuk ke dalam stor, namun ditolak mangsa.

"Oleh kerana mangsa enggan mengikut kehendaknya, suspek kemudian bertindak mendukung mangsa masuk ke dalam stor.

"Mangsa kemudian menjerit menyebabkan suspek panik lalu melepaskan mangsa sebelum melarikan diri dengan memanjat tembok sekolah," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Wan Abd Aziz juga, rakaman CCTV berjaya merakam identiti suspek dan polis kini dalam proses memburu lelaki tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan turut menafikan kes berkenaan yang menjadi viral di laman sosial adalah kes culik, sebaliknya ia adalah kes serangan seksual.

Sumber : BH Online


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Murid Tahun Dua Diajak ke Bilik Stor Oleh Lelaki Tak Dikenali, Polis Cari Suspek Kerana Dipercayai Cubaan Memcabul

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×