Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Power Bank Terbakar, Paha Awie Melecur

Kecederaan di bahagian Paha Awie gara-gara power bank terbakar. Foto kredit: Facebook Natrah MJ


KUALA LUMPUR: Seorang jurukamera Bernama News Channel (BNC) melecur di paha kiri apabila power bank yang diletakkan di dalam begnya secara tiba-tiba terbakar.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari Khamis, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Awie, 43, berkata ketika kejadian beliau sedang bertugas membuat liputan berita di satu majlis di Chow Kit. 

"Saya duduk di kerusi sambil memangku beg di atas paha, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat beg saya terbakar di bahagian bawah," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini. 

Beliau kemudiannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Taman Melawati akibat melecur teruk di bahagian paha kirinya. 

"Power bank itu hadiah yang saya terima semasa membuat liputan dan baru menggunakannya semalam, saya juga telah mengecas penuh power bank itu namun tidak sempat menggunakannya hari ini," katanya. 

Tambahnya, akibat kejadian itu, separuh paha kirinya melecur, dua pen drive di dalam beg hangus manakala beg tersebut berlubang di bahagian bawah dan kesan terbakar. -Bernama


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Power Bank Terbakar, Paha Awie Melecur

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×