Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Misteri kolam bertukar hijau terjawab



PERSEKUTUAN Renang Antarabangsa (Fina), mengesahkan bahawa perubahan air di Kolam terjun di Pusat Akuatik Maria Lenk, yang bertukar berwarna hijau baru-baru ini, berpunca daripada ketidakseimbangan kimia dalam kolam air.

"Misteri itu sudah diselesaikan...Fina boleh mengesahkan bahawa penyebab kepada warna air di kolam terjun bertukar menjadi luar biasa, sewaktu acara terjun dipertandingkan di Sukan Olimpik Rio, adalah kerana tangki air di Kolam Tersebut kehabisan beberapa bahan kimia yang digunakan dalam proses rawatan air," jelas satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Fina.

Mengulas lanjut, Fina menegaskan bahawa akibat daripada itu, tahap PH air tidak seperti biasa dan menyebabkan perubahan warna tersebut terjadi.

"Jawatankuasa Perubatan Sukan Fina Telah menjalankan ujian terhadap kualiti air di kolam tersebut dan mengesahkan tiada sebarang risiko terhadap kesihatan atau keselamatan atlet, dan ia tidak akan menjejaskan pertandingan," petik kenyataan itu lagi.

Pada Selasa, gambar air di kolam terjun di Pusat Akuatik Maria Lenk, yang berwarna hijau telah tersebar luas, sekali gus mendatangkan kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan atlet, yang beraksi di kolam tersebut.

Perubahan warna air ini telah merebak ke kawasan kolam berdekatan yang digunakan untuk acara sukan polo air, dan Fina, telah menjelaskan isu tersebut berpunca daripada masalah dalam proses rawatan air.

Bagaimanapun, badan induk yang mengawal sukan renang dunia, menegaskan kolam itu selamat untuk digunakan dan tidak mendatangkan bahaya kepada semua penerjun yang bertanding.

Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Komunikasi Penganjuran Sukan Olimpik Rio, Mario Andrada, memberi jaminan kolam itu kembali ke warna asal, iaitu biru, dalam masa terdekat.

"Perubahan mendadak tahap alkali air di kolam tersebut menjadi punca kepada perubahan warna air. Kolam acara polo air juga mengalami masalah yang sama. 

"Tahap pH air telah berada dalam standard yang ditetapkan. Kami telah merawat kedua-dua kolam tersebut pada waktu malam dan tahap alkali dalam air telah bertambah baik. Kami menjangkakan warna asal biru akan kembali tidak lama lagi.

"Pakar-pakar bebas juga telah mengesahkan tidak ada risiko sama sekali kepada atlet yang bertanding di kolam tersebut," katanya.
-sinar

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Misteri kolam bertukar hijau terjawab

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×