Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Calon SPM Ditahan Bersama 12,900 Pil Kuda


KUALA TERENGGANU: Polis menahan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan merampas 12,900 Biji Pil Kuda yang dianggarkan bernilai RM200,000 di kediamannya di Kampung Dalam Kedai Buloh, di sini.

Remaja lelaki berusia 17 tahun itu ditahan kira-kira 11 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu hasil risikan dan maklumat sejak tiga bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Tahir berkata, pemeriksaan lanjut di dalam bilik di rumah berkenaan menemui tiga bungkusan yang berada di belakang rak kayu mengandungi sebanyak 12,900 biji pil kuda yang dianggarkan seberat 1,269.33 gram.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menjadi pengedar bagi kawasan Kuala Terengganu dan Chendering.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan individu lain yang turut sama terbabit dalam pengedaran dadah ini.
Roslan berkata suspek yang ditahan negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Namun, dia tidak hadir ke sekolah sejak 10 Julai lalu akibat masalah disiplin.
"Suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan," katanya pada sidang media di IPK Terengganu, Rabu.
-mstar

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Calon SPM Ditahan Bersama 12,900 Pil Kuda

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×