Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kereta Dikepung Dan Ditembak




Kuala Langat: Cubaan samun dipercayai motif Kereta dinaiki tiga lelaki ditembak selepas dikepung sekumpulan bermotosikal dan kereta di Lebuhraya Elite, kira-kira 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Zailan Tasir berkata, ketiga-tiga lelaki itu bagaimanapun terselamat dan tidak cedera.


Beliau berkata, Kejadian dipercayai bermotifkan samun kerana sebelum kejadian, mangsa menghantar

Menurutnya, sebelum kejadian ketiga-tiga mangsa menghantar seorang rakan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) yang membawa sejumlah wang milik syarikat tukaran wang asing di Kuala Lumpur tempat mereka berkerja untuk ke Kota Kinabalu.
Mereka kemudian pulang dari KLIA 2 melalui Lebuh Raya Elite.

"Ketika memasuki susur Plaza Tol Putrajaya, kenderaan Toyota Fortuner dinaiki mereka dihalang dua motosikal jenis Yamaha 125z serta dua kereta jenis Toyota Camry dan Proton Wira Aeroback.

"Seorang lelaki keluar dari kereta Toyota Camry dengan memakai topeng dan melepaskan tembakan sebelum mangsa mengundurkan kereta dan masuk kembali ke Lebuh raya Elite," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kenderaan mangsa berhenti kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian iaitu di Kilometer 17.5 Lebuh raya Elit sebelum meminta bantuan peronda lebuh raya.

"Mangsa tidak dapat mengecam suspek dan mereka tidak mengalami kecederaan kerana kenderaan itu kalis peluru. dan usaha mengesan suspek giat dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971," katanya.

-hmetro

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Kereta Dikepung Dan Ditembak

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×