Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Diperkosa kali kedua perogol yang sama


Seorang Pelajar perempuan berusia 21 tahun sekali lagi menjadi Mangsa rogol beramai-ramai dengan dua perogol terbabit sedang dibicarakan kerana merogolnya tiga tahun lalu.

Menurut polis di Haryana dekat sini, mereka sedang memburu Lima Lelaki dengan dua daripadanya berada dalam jaminan menunggu perbicaraan kerana pernah Merogol Mangsa pada 2013.


Pelajar itu diculik di luar kolejnya sebelum dia diberi dadah dan dirogol dalam kereta. Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam semak di tepi satu lebuh raya malam Rabu lalu, di Haryana, yang berjiran dengan New Delhi.

Ketua Polis Haryana, Pushpa Khatri, berkata dua Lelaki Itu dikenal pasti merogol mangsa di Bhiwandi pada 2013 dan pelajar itu masih dirawat di hospital.

Keluarga mangsa mendakwa lima lelaki itu mengugut mereka supaya menarik balik laporan polis kejadian rogol pada 2013 menyebabkan keluarga itu berpindah ke daerah Rohtak kerana bimbangkan keselamatan.

-hmetro

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Diperkosa kali kedua perogol yang sama

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×