Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Wanita Buat Laporan Polis Dakwa Dirompak Pemandu Teksi

Mangsa luka di bahagian Telinga akibat dicederakan Pemandu Teksi yang merompaknya pagi tadi.

SUBANG JAYA, 18 Julai - Seorang wanita yang bekerja di Sebuah pusat Membeli Belah di sini cedera di telinga ketika disamun ketika Menaiki Sebuah Teksi dari Taman Datok Haron, Petaling Jaya pagi tadi.


Menurut laporan Sinar Online, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan menahan dan Menaiki Sebuah Teksi jenis Proton Wira yang dipandu oleh seorang lelaki untuk ke Subang Jaya.

Sumber laporan itu berkata, Pemandu teksi itu tiba-tiba memberhentikan kenderaan itu di tepi jalan berdekatan dengan sebuah kompleks membeli belah di Jalan SS 16.

Suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan meletakkannya di telinga kanan mangsa serta mengarahkan agar mangsa tidak bising.

Suspek juga dilaporkan menekan pisau dengan lebih kuat di telinga wanita itu hingga luka sepanjang satu inci selepas mangsa terkejut.

"Mangsa cuba membuka pintu untuk melarikan diri namun gagal, pemandu teksi sekali lagi mengarahkannya supaya diam,"katanya.

Disebabkan ketakutan, mangsa menjerit meminta tolong ke arah luar tingkap, tindakan itu menyebabkan suspek meletakkan pisau dan satu objek menyerupai pistol di kepalanya.

Apabila mangsa diam, suspek menyimpan pistol terbabit dan merampas beg tangan mangsa.

"Suspek meneruskan perjalanan sambil mengeluarkan dompet, wang tunai berjumlah Rm1,500, kunci kereta dan telefon bimbit milik mangsa.

"Mangsa kemudian diturunkan di SS15 berdekatan pejabat pos. Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya,"katanya.

Kes itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Mohammad Azli Sadari -sumber

Sumber : Sinar Online


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Wanita Buat Laporan Polis Dakwa Dirompak Pemandu Teksi

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×