Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Satu plat dua kereta

DUA MPV Toyota Wish yang mengunakan Nombor Pendaftaran Sama sebelah kiri adalah kereta asal manakala sebuah lagi adalah kereta klon yang dirampas IPD Kulim, kelmarin.

Kulim: Kegelisahan seorang jururawat apabila Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish miliknya menerima lapan saman lalu lintas bernilai lebih RM2,000 bukan dilakukannya terjawab berikutan penemuan sebuah kenderaan model sama yang turut menggunakan nombor pendaftaran sama, kelmarin.

Dalam serbuan jam 1.45 petang, sepasukan anggota Polis menemui kenderaan berwarna sama di halaman sebuah rumah di Sungai Ular, dekat sini, sebelum menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun untuk membantu siasatan lanjut.


Difahamkan, kenderaan milik jururawat yang menetap di Pulau Pinang itu dibeli sejak tiga tahun lalu manakala Toyota Wish klon yang ditemui didapati tiada rekod dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila pemeriksaan dilakukan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superintendan Barudin Wariso berkata, berdasarkan maklumat pihaknya melakukan serbuan ke rumah berkenaan sebelum menahan remaja lelaki terbabit untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kenderaan itu berdasarkan nombor pendaftaran mendapati terdapat sebuah lagi kenderaan serupa didaftar atas nama seorang wanita berusia 31 tahun.

“Pihak polis kemudian menghubungi wanita terbabit yang bertugas sebagai jururawat sebuah hospital kerajaan untuk tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim bagi mendapatkan keterangan lanjut.

“Wanita terbabit memaklumkan bahawa dia kecewa dan hampir menjualkan kenderaan yang dibeli pada 2013 lalu kerana sering menerima saman di luar kawasan seperti Bukit Mertajam dan Kuala Lumpur yang tidak dilakukannya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan keterangan wanita terbabit, polis tidak menolak kemungkinan suspek yang kini ditahan reman sehingga 3 Jun depan dipercayai menggunakan kereta klon.

-hmetro

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Satu plat dua kereta

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×