Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Gorila Terpaksa Ditembak Mati Demi Selamatkan Kanak-Kanak Terjatuh Dalam Kandangnya



OHIO, Amerika: Seekor Gorila jantan berumur 17 tahun mati ditembak Demi Menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun yang terjatuh di dalam kandang haiwan spesis terancam berkenaan di zoo Cincinnati.

Kanak-kanak lelaki btersebut Telah bertindak memanjat naik tembok panghalang tanpa tidak disedari oleh ibu bapanya sebelum terjatuh ke dalam parit kandang gorila itu pada ketinggian 12 kaki.

Selepas terjatuh, gorila yang diberi nama Harambe itu telah merapati mangsa dan dia dilihat telah membaling dan mengheret badan mangsa dengan ganas di sepanjang parit dalam kandangnya.

Harambe yang dianggarkan seberat 400 paun itu telah memegang kanak-kanak itu selama 10 minit sebelum pihak zoo membuat keputusan untuk menembak haiwan berkenaan demi menyelamatkan nyawanya.

Selepas haiwan berkenaan ditembak mati, kanak-kanak tersebut telah diselamatkan dan dikejarkan ke pusat perubatan Kanak-Kanak Cincinnati yang tidak jauh dari zoo Cincinnati.

Berdasarkan laporan kanak-kanak itu mengalami kecederaan yang agak serius tetapi stabil, menurut pihak perubatan kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius semasa jatuh dari ketinggian 12 kaki tetapi kecederaannya yang parah mungkin akibat terkena objek keras semasa ditarik haiwan berkenaan.

Menurut presiden Zoo Cincinnati, Thane Maynard berkata, ini adalah pertama kali kejadian seburuk ini berlaki di zoonya.

"Keputusan menembak mati haiwan tersebut adalah demi menyelamatkan nyawa kanak-kanak berkenaan selepas gorila berkenaan dilihat bertindak agresif," katanya.

Ketika kejadian, hanya Harambe yang dilepaskan di dalam kandang manakala dua ekor gorila betina masih dalam kurungan. -sumber






PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Gorila Terpaksa Ditembak Mati Demi Selamatkan Kanak-Kanak Terjatuh Dalam Kandangnya

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×