Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Warga Emas Maut Dihempap Papan Iklan


MELAKA: Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebuah papan iklan ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Jalan Pokok Mangga menghala ke Klebang di sini, pagi Selasa. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata Ahmad Yusop Omar, 64, seorang pengawal keselamatan dari Taman Tangga Batu di sini meninggal dunia di tempat kejadian, dalam kejadian 7.15 pagi itu. 

"Sebelum kejadian mangsa yang menunggang motosikal dari arah lampu isyarat Jalan Limbongan menghala ke Dataran 1Malaysia berhenti di lampu isyarat di persimpangan Jalan Pokok Mangga kerana lampu merah, sebelum papan iklan berada di bahu kiri jalan tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa. 

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian hujan lebat dan papan iklan tersebut di bawah penyeliaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasatdan punca kejadian masih dalam siasatan. -Bernama


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Warga Emas Maut Dihempap Papan Iklan

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×