Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pistol dalam kereta: Safee Sali akan dipanggil polis


Polis akan mengambil kenyataan pemain bola, Safee Sali dalam masa terdekat berhubung Penemuan Sepucuk Pistol dengan peluru hidup di dalam kereta yang didaftar atas namanya semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terperinci akan dijalankan, dan memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Beliau berkata seorang suspek lelaki berusia 34 tahun, yang memandu kereta jenis Ford Ranger milik pemain bola sepak itu pada hari kejadian, telah ditahan.
"Biar polis buat siasatan dahulu...sesiapa yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke mahkamah," katanya kepadaBernama di sini, hari ini.
Khalid mengulas laporan sebuah akhbar mengenai penemuan sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup di dalam kereta berkenaan dalam sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara.
Menurut laporan itu, Safee difahamkan telah menghantar kenderaannya ke kedai suspek untuk diubahsuai.
- Bernama

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Pistol dalam kereta: Safee Sali akan dipanggil polis

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×