Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Polis Temui Pistol Dalam Kenderaan Milik Safee Sali



KUALA LUMPUR, 15 Mei - Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup di Dalam Kenderaan Milik Pemain Bola Sepak Safee Sali yang dipandu oleh seorang pemilik kedai aksesori kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger sekitar jam 12 tengahhari tadi.

Menurut BH Online, pemilik kedai yang berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari.

Pemeriksaan mendapati terdapat sepucuk pistol di dalam beg kuning yang ditempatkan di tempat duduk belakang kereta terbabit.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata Safee sebelum ini menghantar kenderaan miliknya itu minggu lalu ke kedai suspek untuk diubahsuai dan akan mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung semalam.

"Saya mengesahkan suspek kes ini tiada kaitan dengan Safee Sali dan suspek hanya mengenali pemain bola sepak itu sebagai pelanggan yang mendapatkan khidmat ubahsuai di kedainya.

"Suspek itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya - kredit

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Polis Temui Pistol Dalam Kenderaan Milik Safee Sali

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×