Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Wanita Di Bunuh, campak dalam tong sampah

LOKASI mayat ditemui. FOTO Muhamad Izzat Nasuruden


Ipoh : Wanita ditemui mati dengan kesan kelar di leher disyaki dibunuh sebelum mayatnya dicampak ke Dalam Tong Sampah berhampiran Tokong Win Ting, Kampung Rapat, di sini.


Mayat mangsa berusia lingkungan 30-an berpakaian baju tidur berwarna merah jambu dijumpai orang awam yang lalu lalang di kawasan itu pada 10.25 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohd Noor Rasid berkata, identiti mangsa belum dikenal pasti dan mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sekitar tiga atau empat hari lalu sebelum di buang ke dalam Tong Sampah berkenaan.
"Mayat mangsa di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.
"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya.

Beliau berkata, polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau saksi kejadian menghubungi talian 012-5032619 atau melaporkan kepada mana-mana balai polis berhampiran.


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Wanita Di Bunuh, campak dalam tong sampah

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×