Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bisikan ghaib suruh bunuh ibu bapa

Norazlin memeluk anaknya, Muhammad Fahim Zafran, (kanan) dan Nur Farah Zahirah, (tiga dari kanan) bersama kakak iparnya Rosnah Sharip, (kiri) dan Nur Khairunnisa selepas kejadian dikurung jiran mereka yang bersenjatakan pisau di Taman Sendayan Indah, Seremban, petang tadi. - IQMAL HAQIM ROSMAN 

Seremban: “Menurut ibu bapa lelaki itu, sebelum dia datang ke rumah kami, anaknya yang terjaga daripada tidur memberitahu terdengar bisikan menyuruhnya membunuh mereka (ibu bapa).
“Nasib baik dia tidak membunuh kami," kata Norazlin Mohammad Julaihi, 38, yang dikurung bersama keluarganya selama lebih sejam oleh lelaki bersenjatakan pisau, dipercayai dirasuk di rumahnya di Taman Sendayan Indah di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 6.45 petang, lelaki berusia 20-an meluru masuk ke dalam rumah Norazlin, 38, sebelum mengunci pintu sebelum mengurung Norazlin serta kakak iparnya, Rosnah Sharip, 47, dalam bilik tidur. Anak Norazlin, Nur Farah Zahirah Razali, 9, dan Mohammad Fahin Zafran, 8, serta anak Rosnah, Nur Khairunnisa Abidin, 14, dikurung di ruang tamu.
Penduduk kampung, termasuk rakan lelaki itu cuba memujuknya namun gagal.
Menurut Norazlin, kakak iparnya berjaya menyelamatkan diri beberapa minit kemudian dengan keluar melalui tingkap bilik.
"Saya, dua anak dan anak kakak ipar terpaksa menunggu lebih sejam sebelum diselamatkan polis dan bomba," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Menurutnya, dia merayu kepada lelaki itu supaya membebaskan mereka namun tidak diendahkan.
"Saya kenal lelaki itu kerana dia tinggal di depan rumah dan tidak sangka bertindak begitu,” katanya.
-hmetro

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Bisikan ghaib suruh bunuh ibu bapa

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×