Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Penggali Kubur Ditahan Kes Tetak Anggota Polis

John Rambo masih diburu.

KUALA LUMPUR: Seorang penggali kubur yang mempunyai lima kes dadah ditahan di Jalan Kuari, Cheras kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian menetak anggota polis. 

Sementara rakannya yang dikenali sebagai John Rambo berumur 40-an yang dipercayai masih berada di Cheras sedang diburu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad memberitahu Bernama Tajul Rosli Lahaman, 39, ditahan kira-kira 9.30 pagi tadi ketika bersembunyi di kawasan perkuburan berhampiran tempat kejadian.  

Dalam kejadian 6 petang Jumaat itu, dua anggota polis iaitu Koperal Muztaza Nizan Minhaj serta Konstabel Danny Sia Siaw Kian diserang ketika melakukan pemeriksaan di lokasi yang disyaki menjadi tempat kumpulan penagih melepaskan gian dan juga kawasan pengedaran dadah.  

-Bernama

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Penggali Kubur Ditahan Kes Tetak Anggota Polis

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×