Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Penghantar Telur Ayam Maut Ditikam


KUALA LUMPUR: Seorang Penghantar Telur Ayam warga Pakistan ditemukan mati dengan kesan tikaman dan hirisan pada leher serta tubuhnya di tepi jalan Taman Sri Bintang, Kepong, malam Sabtu.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, Mangsa berusia lingkungan 30-an itu yang baru pulang dari kerja dijumpai berlumuran darah dan terbaring dalam keadaan mengiring oleh majikannya yang berada Tidak Jauh Dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian itu, mangsa dan majikannya baru sahaja meletakkan lori membawa telur di kawasan meletak kenderaan di situ sebelum mangsa terus menunggang motosikal untuk pulang terlebih dahulu.
Bagaimanapun, majikannya yang baru sahaja memandu kereta tidak jauh dari tempat meletak kenderaan itu ternampak mangsa terbaring berlumuran darah di tepi jalan," katanya.
Munusamy berkata majikannya tidak melihat kelibat suspek.
Motif pembunuhan sedang disiasat.
Katanya mangsa mengalami kecederaan parah akibat ditikam pada kedua-dua belah tangan, belakang badan dan kesan cedera dihiris pada leher dan pinggang kanan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Munusamy berkata hasil pemeriksaan polis di lokasi kejadian menemukan sarung parang berwarna hitam manakala motosikal milik mangsa berada dalam keadaan tersandar pada sebatang pokok besar berhampiran.
"Mangsa telah bekerja di negara ini selama dua tahun dan telah berkahwin serta mempunyai seorang anak di Pakistan," katanya. - BERNAMA



PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Penghantar Telur Ayam Maut Ditikam

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×